Saturday, 31 March 2012


BAB4 (bila aku jadi cashier)


                       Jam push card sudah pukul2 petang,sasha dengan lari keanak-anakannya itu pergi mendapatkan jam push card,sambil memilih kad namanya itu,lantas dia memasukkan kad itu di atas jam push card itu.setelah keluar kad itu,dia meletakkan kembali kad itu ke dalam tempat khas untuk meletakkan kad itu dengan tergesa-gesa.

                      Dia agak kelewatan sedikit hari ini.setelah masuk ke dalam kaunter pengiraan itu,dia mengelap sedikit meja menjadi bersih ketika orang masih sedang memilih barang.Encik Hassan yang terpacak di hadapan  kaunter yang berada jauh dari 100 meternya itu,hanya menjeling-jeling tengok ke arahnya cara dia melakukan kerja.sasha yang menyedari dia sentiasa di perhatikan itu,berpura-pura melakukan kerja walaupun dia tidak ada kerja yang perlu dilakukan lagi.

                      Sasha memeriksa bekalan plastik barang  jikalau berkurangan.Bukan dia sahaja yang berada di kaunter itu,malah rakannya baiknya ainsyah juga turut berkerja sebagai cashier dari mula-mula berkerja lagi. Sasha belajar menjadi juru wang,dari ainsyah juga yang sudah banyak pengalaman dari sasha namun sasha juga banyak pengalaman berkerja di bahagian belakang sebagai penyusun barang dan sebagainya.

                       Sekarang sasha juga berkebolehan menjadi cashier yang cekap dan bagus.Dia cepat belajar apabila fokus pada sesuatu pekerjaan.ketika sedang mengemas barang di bawah kaunter,sasha dipanggil oleh rakannya,ainsyah supaya tolong mengirakan jumlah barang yang di letakkan di atas meja yang berhampiran meja mesin kiranya itu.sasha menyahut panggilan rakan sekerjanya itu,lantas bangun dari situ.

                       Tiba-tiba dia melihat rupa seorang lelaki yang agak di kenalinya itu,hatinya berdegup kencang seolah-olah ada seseorang telah mencuri hatinya. Bukankah itu....Ammar!  Dengan rupa yang tampan,badan yang tegap,kulit berwarna kuning langsat,senyuman yang menawan itu membuatkan sasha agak terpegun dengan gayanya yang memukau itu,mahu sahaja dia melihat lelaki itu lebih lama. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila lelaki berdehem-dehem semasa dia melihat lelaki itu agak pelik.

                      Lelaki itu sesekali merasakan dia mengenali gadis yang tercacang berada di hadapannya itu tetapi dia agak keliru di mana dia pernah menjumpai gadis itu sebelum ini. Tanpa memikir panjang,dia hanya memfokuskan pandangan pada mesin kira itu dan sekilas pandang terhadap pekerjaannya sahaja. Ammar risau sekiranya budgetnya itu tidak mencukupi dengan apa yang dikehendaki mamanya itu.

                       Dalam melakukan tugasnya sebagai juru wang,dia melakukan dengan baik supaya tidak ada kesilapan yang tidak diingini.dalam diam tanpa kata,hati kecilnya berkata-kata. jika difikirkan balik,berbaloikah aku mendekatinya inikan pula berkawan dengannya.siapalah aku di matanya.Ammar rasa agak kehairanan melihat gelagat yang di tunjukkan oleh Sasha. Ammar hanya ketawa kecil di dalam senyumannya seolah-olahnya Sasha sudah membuatkannya geli hati seketika.Setelah mengetahui jumlah harga yang dikira,lelaki itu menghulurkan sejumlah wang. Lantas, sasha memulangkan baki yang tertera di skrin mesin kiranya.

                      ”terima kasih”,dengan selamba lelaki itu berkata.

                      ”hmm ye,sama-sama”,agak takut-takut sasha hendak menyahut balik kata-kata kepada lelaki itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                      “oit,kau ni dah kena penyakit angau ke? Dari tadi duk sengih sorang-sorang apasal”,kata ainsyah yang agak perasan dengan ekspirasi muka yang ditunjukkan itu.

                       ”ish mana ada lah,kau ni ada ke patut kata aku macam tu.biasa je lah”,kata sasha yang agak mau mengelak dari pertanyaan kawannya itu.

                      ”ok lah kalau macam tu,tak apa lah.malaslah nak layan kau,tapikan lelaki tadi hensem juga aku tengok.kalau lah aku jadi awek dia kan best”,kata ainsyah sambil tengah berangan-angan.

                      ”ish mengarutlah kau ni,dah-dah tak payah nak berangan lagi,menyampah betul aku tengok tau.gedik betul lah kau ni”,kata sasha dengan nada cemburu.

                      ”rilek lah,aku tahu la kau jealous kan.hahaha”,kata ainsyah membalas balik kata-kata kawannya itu.

                      ”ok lah,fine”,kata sasha bagi menamatkan pergaduhan antara pulau pinang dengan Kelantan.iaitu asal tempat lahir mereka yang sebenarnya.

                        Mereka melakukan kerja dengan tekun tanpa bergaduh lagi kerana bos mereka,Encik Hassan sudah kembali di hadapan mereka berhampiran pintu masuk pasaraya kecil itu.Ainsyah dan Sasha hanya melakukan kerja mereka, Suasana kini menjadi sepi tanpa gurau senda dari mereka.

bersambung.....

No comments:

Post a Comment