BAB5 (tamat bekerja)
Sudah hampir 3 bulan sasha dan
ainsyah berkerja di situ,debaran makin di rasai apabila mereka sama-sama akan
mengetahui keputusan peperiksaan SPM yang bakal diketahui tidak lama lagi. Sasha
dan Ainsyah meminta izin daripada encik hassan supaya memberikan mereka cuti
pada hari yang sama,agar mereka dapat pergi mengambil keputusan peperiksaan
bersama-sama.Suka duka patut dihadapi bersama-sama di dalam ikatan persahabatan
yang sudah terjalin sejak sekian lama semasa dari tingkatan 1 lagi.
“Encik ,tidak lama lagi
keputusan spm akan di umumkan,boleh tak saya dan ainsyah ambil cuti pada hari
yang sama pada tarikh 11 mac nanti?”,nada suara sasha penuh dengan
pengharapan agar mendapat cuti pada tarikh itu.
“Baiklah Sha. Saya bagi
kamu berdua cuti pada hari yang sama”,kata Encik Hassan yang masih mengerti
nilai persahabatan antara mereka berdua.Walaupun Encik Hassan kelihatan garang
semasa menjaga pekerjanya membuat kerja namun dia berhati mulia dan faham
terhadap sesuatu situasi yang dihadapi seperti ditunjukkan oleh mereka berdua.
“Terima kasih encik hassan”,kata sasha
dengan senyuman yang penuh lebar.namun debaran yang di rasainya makin kuat gara-gara keputusan yang bakal di ketahui
tidak lama lagi.
Sasha meneruskan kerjanya seperti biasa. Encik Hassan selalu berpesan,hal
peribadi jangan bawa di tempat kerja.masa buat kerja haruslah fokus pada
kerja,jangan bawa perasaan yang negatif ke sini.senyuman mesti dilemparkan
kepada pelanggan.sekiranya ada masalah haruslah memberitahu kepadanya.itulah
kata-kata yang sentiasa terngiang-ngiang di dalam telinga sasha semasa sedang
termenung memikirkan perkara lain.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pagi yang kelihatan tegang dengan keterikan sinaran matahari membuatkan
sasha agak kelihatan berpeluh sedikit di dahinya.dia meneruskan melangkah
walaupun hari itu agak panas sedikit di rasainya.dia menundukkan sedikit
kepalanya semasa berjalan ke sekolah.rumahnya yang dekat sahaja dengan sekolah
mengambil beberapa minit sahaja untuk berjalan.dia terlupa untuk membawa payung
bersamanya kerana merasakan cuaca tidak terlalu terik.
Selepas melintas jalan raya yang berhadapan di sekolah,degupan
jantungnya agak kencang pada masa itu.hati kecilnya sering bertanya apalah yang
bakal dia dapat nanti.lamunannya terhenti apabila kedengaran telefon bimbitnya
bergetar.mungkin ainsyah hantar mesej kepadanya kerana semalam mereka sudah
berjanji mahu berjumpa di hadapan berhampiran dengan pondok pengawal sekolah.
Kelihatan Ainsyah yang melampai-lampai ke arahnya,belum sempat lagi dia
membalas mesej rakannya itu.sasha yang berbaju kurung berwarna putih yang
berona kelabu pada kain di bawahnya itu sedikit membuatkan rakannya dapat
mengenalinya kerana dia tahu bahawa warna kegemaran rakannya adalah putih. Putih
melambangkan kesucian.itulah yang pernah diberitahu sasha kepada rakannya itu.
Langkah demi langkah dilalui sasha telah menghampiri rakannya yang sejak
tadi menunggunya.Sasha menghembus nafas letih kerana dia tergesa-gesa berlari
semasa melintas jalan tadi.
Sasha di tegur oleh rakannya “lambat betul kau datang ye walaupun rumah
dekat dengan sekolah.kau takut ke nak tahu result exam ni?”.
Sasha hanya tersengih
sahaja.”tidaklah macam tu,aku bangun lewat sedikit tadi.Apa perasaan kau nak
tahu result ni?”,tanya sasha dengan mengangkat keningnya berkali-kali.ainsyah
merasakan pertanyaannya itu agak sinis sahaja.
”Berdebar juga aku tau,sejak semalam lagi”,kata Ainsyah dengan nada yang serius.
”Aku pun sama jugak.aku harap kita sama-sama dapat result yang baik
la.amin”,sasha berdoa sedikit untuk meredakan perasaan yag dihadapinya bersama
rakannya itu.
”Aminnn.jom kita
pergi ke dewan sekolah”,ainsyah mengajak sasha
pergi ke sana.di dewan itu lah tempat mereka bakal mengambil keputusan
peperiksaan.
Setibanya di
sana mereka melihat ramai orang yang mambajiri dewan itu.kelibat rakan-rakan
sekelas juga turut ada sedang sibuk mengambil sijil-sijil bagi subjek
tertentu.
Keputusan peperiksaan masih di tangan guru kelas masing-masing.mereka
saling tagur menegur seolah-olah seperti sudah lama tidak berjumpa kerana
setelah habis menghadapi kertas peperiksaan yang terakhir,masing-masing membawa
haluannya tersendiri.sesetengah ada yang agak tertarik hati untuk kerja
sambilan di mana-mana tempat sambil-sambil mereka dapat mencari sedikit
wang.
Dari situ mereka dapat belajar berdikari dan berusaha mencari wang untuk
menampung kehidupan tanpa tanggungan ibubapa lagi.sesetengah pula lebih suka
tinggal di rumah sahaja tanpa melakukan apa-apa pekerjaan di luar sana.
“Nurul Sasha Bt
Ahmad Hashim”,namanya di panggil oleh guru kelasnya,Puan Haslina.
Hati sasha
makin berdebar apabila namanya di panggil.kedebarannya makin bertambah seiring
langkah kakinya yang berjalan.tangan dan kakinya dirasai makin sejuk seperti dia
sedang mengenggam ais batu yang banyak.
“Terima
kasih cikgu ”,kata sasha dengan nada selamba.
“Sama-sama.Keputusan
awak sangat baik sekali.Tahniah ye!”,gurunya seakan-akan bangga dengan
pencapaian yang di tunjukkan olehnya.
Sasha masih
tidak melihat keputusan yang di genggamnya itu.dia berjalan menuju ke arah
kerusi yang di dudukinya tadi.dengan perlahan-lahan dia melihat keputusan
peperiksaannya itu.6A,3B! “syukur alhamdulilah kerana diberikan keputusan yang
baik terhadapku”.kata hati kecilnya itu.
Sasha tidak memberitahu mama dan ayahnya
lagi sebab dia sudah berjanji ingin buat surprise kepada mereka.
Kedengaran bunyi telefon bimbitnya yang bermodel Nokia 7610 itu
mengejutkan sasha daripada lamunan semasa di bangku batu berhampiran dewan
sekolahnya itu.sasha menunggu ainsyah yang masih di dalam dewan.ainsyah seorang
yang agak peramah juga di kalangan guru dan rakan sekelasnya.mungkin banyak
cerita yang ingin di kongsi bersama mereka setelah agak lama juga tidak ketemu
seperti itu.
“Assalamualaikum,sasha apa khabar? Macam
mana dengan result peperiksaan? “,tanya ammar dengan soalan yang agak berterus
terang itu.
“Waalaikummussalam,baik je am.syukur
Alhamdulillah.ok je am”.sasha menjawabnya dengan jawapan ala kadar sahaja.
“Apa
perasaan Sha?ok ke tak ni?”,tanya Ammar lagi.
“Baik je Am.gembira pun
ada.sedih pun ada”,kata Sha dengan nada suara yang agak tidak berapa ceria.
“Biasalah tu,jangan terlalu ikutkan perasaan sangat ye.”,Ammar sedikit
menenangkan perasaan Sasha.
“Ni duk
tanya kite je,dia pulak macam mana? Result exam macam mana? Gempak tak?”,sasha
melupakan sekejap tekanan perasaan yang di hadapinya.
“Ok.gempak.haha.am
dapat 5A.5C je sha.mesti sha tinggi lagi
dari kan.ye la,sasha kan budak pandai,apa la sangat am ni kalau dibandingkan
dengan sasha”,ammar bersikap berterus terang tanpa di tanya sasha lebih lanjut.
“Mana
ada am.am ni terlalu memuji sangat la.sha dapat 6A.4B. je am.sedih sikitlah sebab
tak dapat capai target yang sha nak.apa pun sha bersyukur dengan berkat usaha
sha selama ni.ni lah hasilnya.sha terimanya dengan redo ”,sasha menerima
hakikat itu dengan redo. Sasha cuba mengukir senyuman seperti terpaksa untuk
menunjukkan dia gembira walaupun dihatinya terasa sedikit sedih.
“Sasha jangan lah terlalu emosional sangat.apa pun itu hasil usaha
kita.kita patut bersyukur dah tau.tengok macam am ni,tidak lah ketara sangat
tunjuk perasaan macam sha tau”,kali ini ammar seperti angkat bakul sendiri
pula.tetapi niatnya hanya berjenaka.itulah sifat yang dimiliki ammar.sasha
gembira berbual dengannya kerana sifatnya itu mencuit hati sasha.
“Am ni saje je kan.suka je perli sha ,” sha
agak malu dengan kata-kata sinis ammar.riak hatinya,mahu sahaja dia membalasnya
tetapi memikirkan dia sahabat special sasha.sasha mengalah dengannya.
“Ok lah sha,am
rasa setakat ni dulu ye.am on the way nak balik rumah.take your time for share
your happiness.assalamualaikum,” ammar menamatkan perbualan kerana tergesa-gesa
ada urusan.
“Baiklah am,hati-hati
ye.waalaikummussalam,” sasha faham dengan situasi ammar pada masa itu dengan
keadaan suara yang tergesa-gesa.
“Sha.jom kita balik,” ajak ainsyah yang kelihatan menyergah sasha dari posisi belakangnya.
“Ok,” hanya sepatah sahaja yang keluar dari mulut Sasha.
Cuaca pada tengah hari itu agak terik.kakinya seolah memijak bara api di
atas tar jalan.mukanya seperti di tusuk bahang bara matahari.dalam perjalanan
ke rumah,dia seolah-olah menyalahkan dirinya kerana tidak membawa payung pada
hari itu.
*********************************************************************
Pintu rumah seperti di ketuk oleh seseorang,Puan Hasnani lantas bangun
dari kerusinya.
“Assalamualaikum,” laung sasha dari
tadi kerana tombol pintu di kunci.
“Waalaikummussalam,” detik hati Puan Hasnani mungkin sasha yang sudah
balik dari sekolah.tidak sabar dia mahu
mengetahui keputusan peperiksaan anak kesayangannya itu.
“Haa,sha dah balik.lama mama tunggu tau.cepat-cepa...bagitahu
mama,berapa A sha dapat? Tak sabar mama
nak tahu,” kata mamanya seolahnya mahu menerkam anaknya.
“Ala mama ni.kejap lah.sasha baru balik kan.dah tengok mama macam tak
sabar-sabar, mari kita duduk dulu,” kata sasha dengan suara yang agak
keletihan.
Puan Hasnani dan sasha pergi mengambil tempat di atas sofa di ruang tamu
itu.sasha mengeluarkan sekeping kertas yang menyatakan keputusan peperiksaan
SPM.
Mulut mamanya berkumat-kumit bergerak membacakan doa sebelum dia melihat
result anaknya itu.
“Wah,bangganya mama dengan anak mama ni.dapat 6A.3B,” mamanya kelihatan
begitu gembira. Sasha turut bergembira dengan reaksi yang di tunjukkan oleh
mamanya. Bagi sasha dia masih belum berpuas hati lagi kejayaan yang di peroleh
tetapi dia tahu bahawa dia tidak boleh melawan takdirnya. Dia bersyukur dengan
apa yang diberkan kepadanya.
“Baiklah mama,sha masuk bilik dulu ye.nak rehat-rehat sikit,” sasha
senyum kepada mamanya dengan senang hati tetapi jauh di lubuk hatinya masih ada
sedikit ketidakpuasan pada sasha.
“Ok,” mamanya cuma tersenyum.
Kedengaran dari jauh sasha mendengar mamanya menelefon seseorang. Hati
berkata mungkin ayahnya atau kawan karib mamanya yang berdekatan dengan
rumahnya. Malunya kalau mereka tahu result aku. Detus hatinya.
BERSAMBUNG....