Wednesday 2 May 2012


BAB 6 (dapat tawaran)

                              “Sha,mari tolong mama sekejap”,kata Puan Hasnani,ibunya yang sibuk mengemas rumah. Sasha juga kehairanan dengan gaya yang ditunjukkan oleh ibunya itu.
                              Setelah membantu ibunya memasang langsir,Sasha berehat di laman rumahnya, atas kerusi batu di laman rumahnya. Sambil membaca majalah yang berada di tangannya,seorang posmen mecampakkan surat ke di dalam peti surat rumahnya. Sasha tidak mengendahkan posmen itu,dia hanya berpura-pura membaca majalahnya di tangannya itu dengan khusyuk.
                               Setelah posmen itu pergi dari hadapan rumahnya,sasha dengan pantas mendapatkan surat-surat yang dihantar oleh posmen itu tadi. Apabila di baca dengan teliti,banyak surat atas nama ayahnya sahaja iaitu EN.AHMAD HASHIM B. HAJI MURAD yang tertera pada surat itu. Dua surat terakhir ada namanya NURUL SASHA BT AHMAD HASHIM. Dengan pantas dia mengambil suratnya sahaja dan meninggalkan balik surat ayahnya itu ke dalam peti surat.
                               Sasha membuka suratnya itu dengan penuh berdebar. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia mendapat tawaran ke universiti. Sasha kelihatan gembira dengan tawaran yang dia sudah dapat sekarang,hanya tunggu menjawap panggil  surat itu sahaja kepada pihak universiti untuk di proseskan. Tetapi situasi Sasha kelihatan dilemma dengan apa yang di hadapinya. Dia tidak tahu apa yang terbaik yang patut dipilihnya. Kos apa yang terbaik baginya. Itu yang menjadi persoalan pada dirinya.
                             Mama dan ayah Sasha tidak menghalang dia membuat keputusan. Pada pandangan ibubapanya,mereka tidak memaksa dalam soal ini dan hanya membiarkan anaknya sendiri membuat keputusan yang sewajarnya kerana mamanya tahu sasha sekarang sudah dewasa.dia perlu menentukan masa hadapannya sendiri. Hidupnya kini perlu berdikari tanpa bantuan ibubapa lagi walaupun kedua ibubapanya tahu yang dia masih di bawah bimbingan mereka.
                            Kedinginan malam itu membuatkan Sasha berfikir sejenak untuk membuatkan keputusan yang agak rumit padanya itu. Dia merasakan dia patut menentukan keputusan dengan bijak untuk masa depannya. Sasha tertidur dengan sendirinya setelah melayani soal jawap dengan dirinya itu.
                            Tiba-tiba,Sasha tersedar dari tidurnya kerana sebelum tidur dia ada berniat ingin melakukan solat tahajjud. Lantas dia pergi mengambil wuduk dan berniat sebelum melakukannya. Sesudah solat,sasha mengangkat kedua tangannya,dalam hati kecilnya berdoa.

                              Dia berharap apa yang dia pilih bidang yang akan melanjutkan pelajarannya nanti dapat diteruskan niatnya itu sehingga berjaya kelak. Tanpa di sedari air matanya mengalir ke pipi dan membasahi sejadah yang didudukinya.Hatinya yang luhur dirasakan begitu rendah disisi Allah. Ketentuan dan takdir ilahi akan diterima Sasha jikalau itu sudah menjadi keputusan untuknya menerima segalanya bagi memenuhi masa hadapannya kelak nanti.
                             Malam yang panjang serta berlagu syahdu dari seorang gadis yang bernama Sasha . Sasha yang sedang meniti alam dewasa dan akan menghadapi dunia luar nanti bakal mencabarnya kelak. Betapa kuatkah dia nanti untuk menghadapinya atau putus asa sahaja yang bakal kecundangkan cita-cita dan harapan yang diberikan oleh kedua ibubanya.

                      ****************************************************

                         Sasha kelihatan begitu ceria dan riang pada hari ini. Setibanya dia di meja makan ketika sedang asyik menjamah sarapannya itu, Sasha di tegur oleh ayahnya, Encik Hashim. “Sha, macam mana dengan pemilihan tempat melanjutkan pelajaran kamu. Ayah dengar kamu dapat tawaran dari Universiti Sains Malaysia,” tegur ayahnya dengan tiba-tiba.
                         “Elok juga jikalau kamu melanjutkan pelajaran di situ. Dulu masa tingakatan 5 Sha belajar dalam aliran sains kan. Result sains tulen sha pun baik je  mama tengok,” mamanya cuba mencelah juga memberi cadangan.
                          “Sha pun fikir macam tu juga ma. Sebabnya sha suka juga dalam bidang perubatan ni. Sha ingat nak mohon course farmasi,” kata sasha dengan penuh berkeyakinan.
                           “Kalau macam itu,elok sangat lah. Nanti sha segeralah balas surat dari USM tu. Ayah restukan walau apapun keputusan Sasha. Tapi ingat belajar betul-betul jangan main-main. Ayah tahu la anak ayah ni orangnya cantik. Siapa la tak nak hinggap kat bunga sekuntum ayah sorang ni,” gelak ketawa Encik Hashim memecah suasana pagi itu.
                           “Ayah ni,saje kan nak perli sha. Baiklah nanti sasha balas nanti,”  Sasha hanya tersenyum dan tersipu-sipu malu.
                               Mamanya hanya menggelengkan kepala dan tersenyum sahaja.

                             ******************************************************

                              Sesudahnya  dia membasuh pinggan dan cawan di singki dapurnya, lantas Sasha  masuk ke dalam biliknya. Almari kesayangannya di geledah untuk mencari surat tawarannya itu. Banyak juga surat yang tawaran yang di terimanya. Ada dari MSU, UITM, UKM dan masterskill. Dia hanya menarik surat tawaran untuk maklum balas dari USM sahaja dari banyak-banyak tawaran yang di dapatinya itu. Sasha dengan semangat menulis butiran peribadinya dan membaca syarat-syarat untuk berdaftar dan akhirnya dia menandatangani di bawah hujung sudut kertas itu.
                               Sekarang dia cuma perlu menghantar surat ini untuk pengesahan pihak universiti itu. Banyak kali Sasha memikirkan tentang keadaannya nanti macam mana bila belajar di sana. Sasha merenung jauh di sudut biliknya, pandangannya beralih ke tingkap biliknya melihat kanak-kanak bermain di taman permainan yang berhampiran dengan rumahnya.
                               Pada masa yang sama dia telah mengenangkan apa nasibnya nanti bila berjauhan dengan ibubapanya dan nasibnya pabila sambung belajar di tahap lebih tinggi dan makin susah. Sememangnya Sasha adalah anak tunggal kepada Encik Hashim dan Puan Hasnani yang amat manja dengan kedua ibubapanya.
                              Sejurus itu, ibunya masuk ke bilik anak manjanya itu sambil mengelengkan kepalanya melihat gelagat anaknya yang sedang termenung jauh memikir masa depannya.
                            “Sha…kenapa ni anak mama sorang ni, kuat je termenungnya sejak kebelakangan ni”, tanya Puan Hasnani sambil membelai rambut anaknya.
                            “Sha pikir hala tuju Sha lepas ni, tak tahu la macam mana ma. Sha takut sha menyesal je kalau Sha tak dapat buat yang terbaik nanti”,terus sha memeluk mamanya itu dengan rasa sedih.
                             “Apa yang Sha buat sudah terbaik ma rasa.Cuba dulu hadapinya.Bila di tempat orang janganlah sombong.Cari kawan yang baik-baik. Dan jangan lupa sentiasa berdoa dan tidak tinggal solat.kalau sedih,luahlah kepada Allah.InsyaAllah..Dia akan tolong walau susah mana keadaan kita dan sentiasa bersabar dengan dugaanNya.”,lalu Puan Hasnani mengucup dahi anak manjanya itu.
                             “Yela ma... Terima kasih atas dorongan dan sokongan pada Sha..sayangg mama..”,sasha memeluk erat mamanya. Air mata jernih jatuh membasahi pipinya.
                             “Sudah laa tu,tak nak nangis-nangis dah, bangun pergi ambik wuduk dan solat ye. Asar dah masuk tu. lepas solat nanti, doa untuk diri sendiri. Mama juga doakan anak mama ni dapat buat yang terbaik dalam hidup Sha nanti”,mamanya menepuk manja bahu anaknya lalu meninggalkan Sasha sendirian.

                         ***************************************************

                              Pagi itu Sasha pergi ke pejabat pos untuk mengepos borang tawaran tu kepada pihak USM. Setelah membeli setem yang berharga RM1. Dia duduk di sudut yang mempunyai meja untuk menampalkan setem pada penjuru kanan kepala surat.
                                Semasa memalingkan mukanya untuk melihat persekitarannya, tiba-tiba pandangan terkaku pada bentuk tubuh seseorang yang berada tidak jauh darinya. Apabila jejaka itu memusingkan badan kearahnya.Sasha ibarat terkejut yang teramat.Jantungnya bagaikan nak tercabut dari tempat asalnya.
                                Ammar…! Buat apa dia kat sini. Soal dirinya sendiri.
                              Ammar melangkah kaki ke arahnya. Mata Sasha tidak berkelip melihat jejaka tampan dating ke arahnya. Bagaikan sinar cahaya mengelilingi pandangannya pada Ammar.
                             Setibanya Ammar menghampiri Sasha. Ammar melambai-lambai tangannya. “Awak ok tak?” , Tanya Ammar sebab kehairanan melihat reaksi Sasha dari tadi.
                                  “Ye ok je..Maaf kalau buat awak tak selesa..tapi… kenapa datang sini? “ Tanya Sha.

                                   “Oowh,, saya nak ambik air dalam bekas tepi awak tu . Nak tampal setem kat surat ni.” Jawap Ammar dengan selamba.
                                  “Saya ingat kenapa tadi.. Nah, ambik la..maaf yer”. Kata Sha dengan tersipu malu.
                                  “ Saya macam pernah tengok awak ni..tapi kat mane?…rasanya dekat…”
                                 “ ..Pasaraya..ye saya keje kat situ..” Sha terus menyambung kata-kata Ammar tu yang terputus-putus.
                              “Ye..betul tu.. hmm… Surat apa yang awak nak hantar pos kan tu” , Tanya Am tiba-tiba setelah kehabisan modal.
                                “Owh, surat jawapan untuk tawaran sambung belajar”,jawap Sha ringkas.
                                 “Sambung belajar kat mana? Bidang apa?” Soalnya ingin tahu..
                                “USM.Bidang perubatan.” Jawap Sha lagi
                                “Sama la kita macam tu”,Ammar tersenyum sahaja
                                  “Laa,yeke..nampaknya tak pergi sana pun lagi.dah jumpa kawan dah kat sini”,kata Sasha sambil tersenyum malu.
                                 “ Tak apa lah,nanti kalau terserempak kat sana.Tegur-tegurlah ye.Nice to meet u..”, kata Am sebagai pengakhir conversation mereka.
                               “InsyaAllah…”. Sasha hanya senyum.
                               Masing-masing beredar meninggalkan pejabat pos itu setelah meletakkan surat di dalam tempat surat untuk di poskan.
                               Pada masa itu, Sasha baru sedar bahawa mereka sudah lama tidak berhubung antara satu sama lain. Mungkin disebabkan masing-masing sibuk seharian dengan kerja yang ingin dilakukan. Itu tidak mustahil. Sasha tahu sampai sekarang Ammar masih tidak mengenalinya.
                                Sasha masih tidak boleh mengaku bahawa dirinya Sasha. Sasha tak nak dirinya terlalu rapat hubungannya dengan lelaki. Cukuplah biasa-biasa sahaja yang tidak melibatkan hubungan sosial yang belum pasti arah sebenar.
                                  Tapi gerak hatinya berkata satu hari nanti Ammar akan tahu juga dirinya yang sebenarnya. Sasha risau juga jikalau jejaka itu akan membencinya suatu hari nanti.

bersambung..........