Friday 20 January 2012

Bab1 (Inilah aku, SASHA)

                            ‘Toink’... bunyi chat box sasha dari ruang laman sosial facebook..kelihatan nama Tengku Ammar pada chat box itu menghantar sesuatu. Sasha membuka dengan mengklik pada namanya di bawah skrin laptopnya. “Assalamualaikum gadis yang bernama sasha”. “ye, wahai tengku ammar ku”, sasha terrsengih sorang-sorang semasa membalasnya. “tengku ammar ku? Wah lain aje bunyinya..hehe”, ammar tersenyum ingin melihat gelagat sasha. “ala,saje je..jangan nak perasaan ok!!” , Sasha membalasnya  menggunakan perkataan yang agak sinis kali ini. “alala, jangan la macam ni. Kalau betul pun apa salahnya kan..hehe..”,Ammar terasa sedikit takut melihat rakannya itu mulai marah. “dah la, malas la nak layan Am. gatal !! .wekkss!! :(  .. bye”, selepas enter kata-katanya itu sasha dan terus klik log out facebook nya itu. Ammar merasa serba salah apabila diperli oleh Sha. Ammar sudah membuatkannya merajuk. Laptop sasha di off kan setelah tiada apa yang patut dilakukannya lagi.
     
                               Kedengaran telefon bimbitnya yang berdering dibiarkan sahaja. Firasatnya sudah tahu bahawa ammar yang menelefonnya. Dia mematikan telefonnya buat seketika waktu. Keheningan pagi dengan bunyi-bunyian unggas telah memeriahkan suasana pagi yang agak muram itu. Inilah kebesaran Tuhan kepada kita untuk makhlukNya. Seorang gadis yang bernama Sasha sedang sibuk mengemas rumah pada pagi di hujung minggu itu kelihatan muram sahaja. Kali ini kerana dia terasa agak sedih. Kemungkinan disebabkan oleh perasaan geramnya terhadap sahabat alam mayanya itu,Tengku Ammar yang baru dikenalinya dalam laman sosial ‘facebook’.Dia yang kini baru tingkatan 5 sedang sibuk dengan exam SPM yang akan dihadapinya tidak lama lagi dalam beberapa bulan lagi. Sasha atau lebih sinonim dengan namanya sha lebih mesra dengan panggilan itu.Dalam usia yang meningkat remaja itu lebih suka menyibukkan diri dengan pelajaran. Pada siang harinya dia ke sekolah menimba ilmu seperti remaja yang lain.Pada sebelah petangnya dia suka mengadakan “study group” bersama rakan-rakan sekelasnya.Pada sebelah malamnya pula ada kelas malam sebagai kelas tambahan untuk pelajar lebih mantap dalam ulangkajinya.Sha amat sibuk dengan mentelaah pelajaran dengan peperiksaan yang bakal didudukinya. Hobinya yang suka melayan laman sosial sudah dikurangkan supaya tidak menganggu pelajarannya.

                              Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi memainkan lagu “as long as you love me” yang di nyanyikan oleh Backstreet Boy. Dengan pantas,Sasha menjawab panggilan telefonnya itu. Dia menjawab dengan nada suara yang begitu serak kerana dia mengalami sakit tekak sejak semalam. Tengku Ammar, rakan yang dikenalinya dalam laman sosial itu masih kekal berkawan akrab.Walaupun dia tahu,orang yang sebegini tidak sepatutnya dia layan dengan baik kerana dia tidak pernah mengenalinya latar belakangnya.Tetapi padanya, dia percayakan ammar walaupun dia tidak pernah menjumpainya. Orang kata,tidak semuanya jahat dan juga tidak semua baik. Malam itu,sasha merasakan sedikit kekeliruan apabila memikirkan hubungannya bersama Ammar sebagai sahabat.Patutkah dia meneruskan mempercayainya,atau menjauhkan diri daripada mendekati orang seperti itu.’Patutkah aku meneruskan hubungan persahabatan ini’,kata hati kecil sasha.Menyedari jam di dinding yang sudah pukul 12 malam itu,sasha mengemas meja belajar dan menyusun buku di dalam beg sekolahnya mengikut jadual waktu kelasnya. Ketika hampir melelapkan mata, Sasha menghantar mesej kepada ammar “Selamat malam sahabatku. Goodluck for your exam nanti yea”.Pesanan yang ringkas itu mungkin dapat menceriakan hati ammar seketika.

                                 Pagi itu,sasha bersiap-siap pergi ke sekolah dan dalam meneruskan perjalanan ke sekolah.di pagar sekolah,baru dia teringatkan bahawa yang dia ditugaskan untuk menghiaskan dewan sekolah sempena forum yang bakal dilangsungkan. Sebagai pengawas sekolah, dia harus memikul tanggungjawab itu yang sudah dibahagikan dengan yang lain. Dengar katanya, ada rombongan dari sekolah lain mahu datang ke sekolahnya untuk menjayakan forum ini. Tanpa memikir panjang dia pergi membantu rakan-rakan lain menghias dewan sekolahnya. Kedengaran bunyi bas berhenti di hadapan sekolahnya,tanpa berlengah dia pergi di bahagian penyediaan makanan,membantu apa yang patut.Lagi beberapa minit lagi, forum mengenai “Motivasi Meningkatkan Prestasi Pelajar Menghadapi Peperiksaan SPM” akan berlansung, Sasha merasakan forum sebegini ini baik untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Sasha hanya duduk berdiri di tepi dewan menghayati motivasi yang diberikan oleh encik hj.ahmad idris.dalam menghayati forum itu,sasha sempat memaling pandangan ke arah pelajar sekolah yang akan menghadiri forum itu. Pandangan nya tiba-tiba terhenti kepada seorang pelajar yang dia agak dikenalinya.,Eh,bukankah itu ammar?

                              Semua itu menjadi tanda tanya kepadanya,jantungnya kencang berdegup melihat seorang lelaki yang agak tampan dengan penampilannya sebagai pelajar sekolah itu. Selepas beberapa jam kemudian, forum itu hampir habis. Sasha membantu rakannya membahagikan makanan di luar pintu dewan kepada pelajar sekolah itu. Apa yang sasha mahu kan sekarang adalah menegur lelaki itu, tetapi dia terasa agak segan. Iye lah tak kan nak jadi perigi nak cari timba kot. Tiba-tiba seorang lelaki datang menegur sasha yang ralit membantu rakannya memberikan makanan. Dalam keralitan menjalankan tugasnya,ada suara menegur. ”awak,sapu tangan awak jatuh ni”,kata tengku ammar. Sasha agak kekeliruan dan tergamam melihat ammar di depan matanya. dengan selambanya,sasha bertanya “adakah awak ni tengku ammar?”. ”yap,saya tengku ammar.macam mana awak boleh tahu nama saya ni,awak kenal saya ke?”,tanya ammar yang agak kebuntuan. ”Tidak kenal,tapi name tag awak ada nama awak, Tengku Ammar.hmm.. maaf ye kalau terbuat awak agak keliru di sini.”,sasha yang agak malu untuk meneruskan perbualannya dengan Ammar hanya tunduk dan beredar dari situ.pandai juga dia cover daripada di ketahui oleh Ammar. Ammar yang tidak paham apa-apa itu juga beredar dengan penuh kebingungan.

                           Dalam kelas Biologi,sasha yang agak ketermenungan hanya memikirkan balik kejadian tadi yang membuatkan dia dan Ammar kebingungan .Agak lucu pada sasha di situ . Tanpa disedari ada tangan yang menepuk bahunya. ’pakk’,pukulan itu agak menyakitkan bahu sasha. ”adoi,apa kau ni,sakit lah”,kata sasha.”yang kau tersengeh-sengeh ni apasal”,kata auni kawan rapatnya itu. ”eh,mana adalah,kau salah tengok kot, apalah kau ni ada-ada aje lah”,kata sasha dengan nada yang tidak mengaku. ”hai macam lah aku tak kenal kau sha,kalau dah sengih macam tu memang adalah yang tak kena,tapi tak apa lah kau tak nak bagi tahu,nanti aku tahu juga lah.haha”,kata auni dengan nada yang agak mengugut sasha yang agak berahsia sangat itu.

                           Dalam perjalanan pulang ke sekolah,fikiran sasha agak bercelaru,kerana dia merasakan patutkah dia mengaku kepada ammar bahawa yang dia jumpa tadi adalah aku. serba salah dibuatnya dengan apa yang telah berlaku. Setiba di rumah,selepas mandi dan makan. Sasha hanya merehatkan badannya setelah seharian mencari secebis bekalan ilmu di sekolah untuk bekalan di dada. Itu sudah jadi tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Mana-mana pelajar pun akan mengalami situasi sebegini demi mencapai target yang diigini.
       
                          Sasha mengambil telefon bimbitnya yang baru hendak dilihatnya,rupa-rupanya ada mesej dari ammar. “Salam,Sasha dah tidur?sha,petang semalam Am ada lawatan ke sekolah sasha rasanya,tidak pasti juga lah,rasanya dah betul itu sekolah sasha..hmmm..tapi kan Am ada benda nak ceritakan,masa pergi situ ada seorang pelajar perempuan kemarin agak pelik,dia menyapa Am, tetapi am tak kenal dia,dia macam kenal Am aje.haha..tapikan gadis tu comel dan agak pemalu.entahlah apa namanya tak sempat nak tengok name tag dia.huhu.ok lah sha maaf yea ganggu tidur sha..salam..daa.nitez”. Mesej yang di hantar Ammar itu agak mencuit hati sasha sebab dia tahu yang gadis itu adalah dirinya sendiri. Sasha mengenali rupa Tengku Ammar kerana dia pernah melihat gambarnya dalam facebook. Walaupun sasha ada facebook,dia tidak meletakkan gambarnya dalam mana-mana album di fb kerana dia tidak suka dikenali ramai. Dia agak sensitif meletakkan gambar kerana dia tidak suka menjadi tonton orang ramai dan dikenali ramai. Cukuplah sekadar orang mengenalinya di dalam sekolah sahaja.

BERSAMBUNG....