Wednesday 2 May 2012


BAB 6 (dapat tawaran)

                              “Sha,mari tolong mama sekejap”,kata Puan Hasnani,ibunya yang sibuk mengemas rumah. Sasha juga kehairanan dengan gaya yang ditunjukkan oleh ibunya itu.
                              Setelah membantu ibunya memasang langsir,Sasha berehat di laman rumahnya, atas kerusi batu di laman rumahnya. Sambil membaca majalah yang berada di tangannya,seorang posmen mecampakkan surat ke di dalam peti surat rumahnya. Sasha tidak mengendahkan posmen itu,dia hanya berpura-pura membaca majalahnya di tangannya itu dengan khusyuk.
                               Setelah posmen itu pergi dari hadapan rumahnya,sasha dengan pantas mendapatkan surat-surat yang dihantar oleh posmen itu tadi. Apabila di baca dengan teliti,banyak surat atas nama ayahnya sahaja iaitu EN.AHMAD HASHIM B. HAJI MURAD yang tertera pada surat itu. Dua surat terakhir ada namanya NURUL SASHA BT AHMAD HASHIM. Dengan pantas dia mengambil suratnya sahaja dan meninggalkan balik surat ayahnya itu ke dalam peti surat.
                               Sasha membuka suratnya itu dengan penuh berdebar. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia mendapat tawaran ke universiti. Sasha kelihatan gembira dengan tawaran yang dia sudah dapat sekarang,hanya tunggu menjawap panggil  surat itu sahaja kepada pihak universiti untuk di proseskan. Tetapi situasi Sasha kelihatan dilemma dengan apa yang di hadapinya. Dia tidak tahu apa yang terbaik yang patut dipilihnya. Kos apa yang terbaik baginya. Itu yang menjadi persoalan pada dirinya.
                             Mama dan ayah Sasha tidak menghalang dia membuat keputusan. Pada pandangan ibubapanya,mereka tidak memaksa dalam soal ini dan hanya membiarkan anaknya sendiri membuat keputusan yang sewajarnya kerana mamanya tahu sasha sekarang sudah dewasa.dia perlu menentukan masa hadapannya sendiri. Hidupnya kini perlu berdikari tanpa bantuan ibubapa lagi walaupun kedua ibubapanya tahu yang dia masih di bawah bimbingan mereka.
                            Kedinginan malam itu membuatkan Sasha berfikir sejenak untuk membuatkan keputusan yang agak rumit padanya itu. Dia merasakan dia patut menentukan keputusan dengan bijak untuk masa depannya. Sasha tertidur dengan sendirinya setelah melayani soal jawap dengan dirinya itu.
                            Tiba-tiba,Sasha tersedar dari tidurnya kerana sebelum tidur dia ada berniat ingin melakukan solat tahajjud. Lantas dia pergi mengambil wuduk dan berniat sebelum melakukannya. Sesudah solat,sasha mengangkat kedua tangannya,dalam hati kecilnya berdoa.

                              Dia berharap apa yang dia pilih bidang yang akan melanjutkan pelajarannya nanti dapat diteruskan niatnya itu sehingga berjaya kelak. Tanpa di sedari air matanya mengalir ke pipi dan membasahi sejadah yang didudukinya.Hatinya yang luhur dirasakan begitu rendah disisi Allah. Ketentuan dan takdir ilahi akan diterima Sasha jikalau itu sudah menjadi keputusan untuknya menerima segalanya bagi memenuhi masa hadapannya kelak nanti.
                             Malam yang panjang serta berlagu syahdu dari seorang gadis yang bernama Sasha . Sasha yang sedang meniti alam dewasa dan akan menghadapi dunia luar nanti bakal mencabarnya kelak. Betapa kuatkah dia nanti untuk menghadapinya atau putus asa sahaja yang bakal kecundangkan cita-cita dan harapan yang diberikan oleh kedua ibubanya.

                      ****************************************************

                         Sasha kelihatan begitu ceria dan riang pada hari ini. Setibanya dia di meja makan ketika sedang asyik menjamah sarapannya itu, Sasha di tegur oleh ayahnya, Encik Hashim. “Sha, macam mana dengan pemilihan tempat melanjutkan pelajaran kamu. Ayah dengar kamu dapat tawaran dari Universiti Sains Malaysia,” tegur ayahnya dengan tiba-tiba.
                         “Elok juga jikalau kamu melanjutkan pelajaran di situ. Dulu masa tingakatan 5 Sha belajar dalam aliran sains kan. Result sains tulen sha pun baik je  mama tengok,” mamanya cuba mencelah juga memberi cadangan.
                          “Sha pun fikir macam tu juga ma. Sebabnya sha suka juga dalam bidang perubatan ni. Sha ingat nak mohon course farmasi,” kata sasha dengan penuh berkeyakinan.
                           “Kalau macam itu,elok sangat lah. Nanti sha segeralah balas surat dari USM tu. Ayah restukan walau apapun keputusan Sasha. Tapi ingat belajar betul-betul jangan main-main. Ayah tahu la anak ayah ni orangnya cantik. Siapa la tak nak hinggap kat bunga sekuntum ayah sorang ni,” gelak ketawa Encik Hashim memecah suasana pagi itu.
                           “Ayah ni,saje kan nak perli sha. Baiklah nanti sasha balas nanti,”  Sasha hanya tersenyum dan tersipu-sipu malu.
                               Mamanya hanya menggelengkan kepala dan tersenyum sahaja.

                             ******************************************************

                              Sesudahnya  dia membasuh pinggan dan cawan di singki dapurnya, lantas Sasha  masuk ke dalam biliknya. Almari kesayangannya di geledah untuk mencari surat tawarannya itu. Banyak juga surat yang tawaran yang di terimanya. Ada dari MSU, UITM, UKM dan masterskill. Dia hanya menarik surat tawaran untuk maklum balas dari USM sahaja dari banyak-banyak tawaran yang di dapatinya itu. Sasha dengan semangat menulis butiran peribadinya dan membaca syarat-syarat untuk berdaftar dan akhirnya dia menandatangani di bawah hujung sudut kertas itu.
                               Sekarang dia cuma perlu menghantar surat ini untuk pengesahan pihak universiti itu. Banyak kali Sasha memikirkan tentang keadaannya nanti macam mana bila belajar di sana. Sasha merenung jauh di sudut biliknya, pandangannya beralih ke tingkap biliknya melihat kanak-kanak bermain di taman permainan yang berhampiran dengan rumahnya.
                               Pada masa yang sama dia telah mengenangkan apa nasibnya nanti bila berjauhan dengan ibubapanya dan nasibnya pabila sambung belajar di tahap lebih tinggi dan makin susah. Sememangnya Sasha adalah anak tunggal kepada Encik Hashim dan Puan Hasnani yang amat manja dengan kedua ibubapanya.
                              Sejurus itu, ibunya masuk ke bilik anak manjanya itu sambil mengelengkan kepalanya melihat gelagat anaknya yang sedang termenung jauh memikir masa depannya.
                            “Sha…kenapa ni anak mama sorang ni, kuat je termenungnya sejak kebelakangan ni”, tanya Puan Hasnani sambil membelai rambut anaknya.
                            “Sha pikir hala tuju Sha lepas ni, tak tahu la macam mana ma. Sha takut sha menyesal je kalau Sha tak dapat buat yang terbaik nanti”,terus sha memeluk mamanya itu dengan rasa sedih.
                             “Apa yang Sha buat sudah terbaik ma rasa.Cuba dulu hadapinya.Bila di tempat orang janganlah sombong.Cari kawan yang baik-baik. Dan jangan lupa sentiasa berdoa dan tidak tinggal solat.kalau sedih,luahlah kepada Allah.InsyaAllah..Dia akan tolong walau susah mana keadaan kita dan sentiasa bersabar dengan dugaanNya.”,lalu Puan Hasnani mengucup dahi anak manjanya itu.
                             “Yela ma... Terima kasih atas dorongan dan sokongan pada Sha..sayangg mama..”,sasha memeluk erat mamanya. Air mata jernih jatuh membasahi pipinya.
                             “Sudah laa tu,tak nak nangis-nangis dah, bangun pergi ambik wuduk dan solat ye. Asar dah masuk tu. lepas solat nanti, doa untuk diri sendiri. Mama juga doakan anak mama ni dapat buat yang terbaik dalam hidup Sha nanti”,mamanya menepuk manja bahu anaknya lalu meninggalkan Sasha sendirian.

                         ***************************************************

                              Pagi itu Sasha pergi ke pejabat pos untuk mengepos borang tawaran tu kepada pihak USM. Setelah membeli setem yang berharga RM1. Dia duduk di sudut yang mempunyai meja untuk menampalkan setem pada penjuru kanan kepala surat.
                                Semasa memalingkan mukanya untuk melihat persekitarannya, tiba-tiba pandangan terkaku pada bentuk tubuh seseorang yang berada tidak jauh darinya. Apabila jejaka itu memusingkan badan kearahnya.Sasha ibarat terkejut yang teramat.Jantungnya bagaikan nak tercabut dari tempat asalnya.
                                Ammar…! Buat apa dia kat sini. Soal dirinya sendiri.
                              Ammar melangkah kaki ke arahnya. Mata Sasha tidak berkelip melihat jejaka tampan dating ke arahnya. Bagaikan sinar cahaya mengelilingi pandangannya pada Ammar.
                             Setibanya Ammar menghampiri Sasha. Ammar melambai-lambai tangannya. “Awak ok tak?” , Tanya Ammar sebab kehairanan melihat reaksi Sasha dari tadi.
                                  “Ye ok je..Maaf kalau buat awak tak selesa..tapi… kenapa datang sini? “ Tanya Sha.

                                   “Oowh,, saya nak ambik air dalam bekas tepi awak tu . Nak tampal setem kat surat ni.” Jawap Ammar dengan selamba.
                                  “Saya ingat kenapa tadi.. Nah, ambik la..maaf yer”. Kata Sha dengan tersipu malu.
                                  “ Saya macam pernah tengok awak ni..tapi kat mane?…rasanya dekat…”
                                 “ ..Pasaraya..ye saya keje kat situ..” Sha terus menyambung kata-kata Ammar tu yang terputus-putus.
                              “Ye..betul tu.. hmm… Surat apa yang awak nak hantar pos kan tu” , Tanya Am tiba-tiba setelah kehabisan modal.
                                “Owh, surat jawapan untuk tawaran sambung belajar”,jawap Sha ringkas.
                                 “Sambung belajar kat mana? Bidang apa?” Soalnya ingin tahu..
                                “USM.Bidang perubatan.” Jawap Sha lagi
                                “Sama la kita macam tu”,Ammar tersenyum sahaja
                                  “Laa,yeke..nampaknya tak pergi sana pun lagi.dah jumpa kawan dah kat sini”,kata Sasha sambil tersenyum malu.
                                 “ Tak apa lah,nanti kalau terserempak kat sana.Tegur-tegurlah ye.Nice to meet u..”, kata Am sebagai pengakhir conversation mereka.
                               “InsyaAllah…”. Sasha hanya senyum.
                               Masing-masing beredar meninggalkan pejabat pos itu setelah meletakkan surat di dalam tempat surat untuk di poskan.
                               Pada masa itu, Sasha baru sedar bahawa mereka sudah lama tidak berhubung antara satu sama lain. Mungkin disebabkan masing-masing sibuk seharian dengan kerja yang ingin dilakukan. Itu tidak mustahil. Sasha tahu sampai sekarang Ammar masih tidak mengenalinya.
                                Sasha masih tidak boleh mengaku bahawa dirinya Sasha. Sasha tak nak dirinya terlalu rapat hubungannya dengan lelaki. Cukuplah biasa-biasa sahaja yang tidak melibatkan hubungan sosial yang belum pasti arah sebenar.
                                  Tapi gerak hatinya berkata satu hari nanti Ammar akan tahu juga dirinya yang sebenarnya. Sasha risau juga jikalau jejaka itu akan membencinya suatu hari nanti.

bersambung..........

Wednesday 11 April 2012


BAB5 (tamat bekerja)

                           Sudah hampir 3 bulan sasha dan ainsyah berkerja di situ,debaran makin di rasai apabila mereka sama-sama akan mengetahui keputusan peperiksaan SPM yang bakal diketahui tidak lama lagi. Sasha dan Ainsyah meminta izin daripada encik hassan supaya memberikan mereka cuti pada hari yang sama,agar mereka dapat pergi mengambil keputusan peperiksaan bersama-sama.Suka duka patut dihadapi bersama-sama di dalam ikatan persahabatan yang sudah terjalin sejak sekian lama semasa dari tingkatan 1 lagi.

                          “Encik ,tidak lama lagi keputusan spm akan di umumkan,boleh tak saya dan ainsyah ambil cuti pada hari yang sama pada tarikh 11 mac nanti?”,nada suara sasha penuh dengan pengharapan agar mendapat cuti pada tarikh itu.

                           “Baiklah Sha. Saya bagi kamu berdua cuti pada hari yang sama”,kata Encik Hassan yang masih mengerti nilai persahabatan antara mereka berdua.Walaupun Encik Hassan kelihatan garang semasa menjaga pekerjanya membuat kerja namun dia berhati mulia dan faham terhadap sesuatu situasi yang dihadapi seperti ditunjukkan oleh mereka berdua.

                            “Terima kasih encik hassan”,kata sasha dengan senyuman yang penuh lebar.namun debaran yang di rasainya makin kuat  gara-gara keputusan yang bakal di ketahui tidak lama lagi.

                           Sasha meneruskan kerjanya seperti biasa. Encik Hassan selalu berpesan,hal peribadi jangan bawa di tempat kerja.masa buat kerja haruslah fokus pada kerja,jangan bawa perasaan yang negatif ke sini.senyuman mesti dilemparkan kepada pelanggan.sekiranya ada masalah haruslah memberitahu kepadanya.itulah kata-kata yang sentiasa terngiang-ngiang di dalam telinga sasha semasa sedang termenung memikirkan perkara lain.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                          Pagi yang kelihatan tegang dengan keterikan sinaran matahari membuatkan sasha agak kelihatan berpeluh sedikit di dahinya.dia meneruskan melangkah walaupun hari itu agak panas sedikit di rasainya.dia menundukkan sedikit kepalanya semasa berjalan ke sekolah.rumahnya yang dekat sahaja dengan sekolah mengambil beberapa minit sahaja untuk berjalan.dia terlupa untuk membawa payung bersamanya kerana merasakan cuaca tidak terlalu terik.

                          Selepas melintas jalan raya yang berhadapan di sekolah,degupan jantungnya agak kencang pada masa itu.hati kecilnya sering bertanya apalah yang bakal dia dapat nanti.lamunannya terhenti apabila kedengaran telefon bimbitnya bergetar.mungkin ainsyah hantar mesej kepadanya kerana semalam mereka sudah berjanji mahu berjumpa di hadapan berhampiran dengan pondok pengawal sekolah.

                            Kelihatan Ainsyah yang melampai-lampai ke arahnya,belum sempat lagi dia membalas mesej rakannya itu.sasha yang berbaju kurung berwarna putih yang berona kelabu pada kain di bawahnya itu sedikit membuatkan rakannya dapat mengenalinya kerana dia tahu bahawa warna kegemaran rakannya adalah putih. Putih melambangkan kesucian.itulah yang pernah diberitahu sasha kepada rakannya itu.

                            Langkah demi langkah dilalui sasha telah menghampiri rakannya yang sejak tadi menunggunya.Sasha menghembus nafas letih kerana dia tergesa-gesa berlari semasa melintas jalan tadi.

                           Sasha di tegur oleh rakannya “lambat betul kau datang ye walaupun rumah dekat dengan sekolah.kau takut ke nak tahu result exam ni?”.

                           Sasha hanya tersengih sahaja.”tidaklah macam tu,aku bangun lewat sedikit tadi.Apa perasaan kau nak tahu result ni?”,tanya sasha dengan mengangkat keningnya berkali-kali.ainsyah merasakan pertanyaannya itu agak sinis sahaja.

                           ”Berdebar juga aku tau,sejak semalam lagi”,kata Ainsyah dengan nada yang serius.

                           ”Aku pun sama jugak.aku harap kita sama-sama dapat result yang baik la.amin”,sasha berdoa sedikit untuk meredakan perasaan yag dihadapinya bersama rakannya itu.

                           ”Aminnn.jom kita pergi ke dewan sekolah”,ainsyah mengajak sasha  pergi ke sana.di dewan itu lah tempat mereka bakal mengambil keputusan peperiksaan.

                            Setibanya di sana mereka melihat ramai orang yang mambajiri dewan itu.kelibat rakan-rakan sekelas juga turut ada sedang sibuk mengambil sijil-sijil bagi subjek tertentu.

                               Keputusan peperiksaan masih di tangan guru kelas masing-masing.mereka saling tagur menegur seolah-olah seperti sudah lama tidak berjumpa kerana setelah habis menghadapi kertas peperiksaan yang terakhir,masing-masing membawa haluannya tersendiri.sesetengah ada yang agak tertarik hati untuk kerja sambilan di mana-mana tempat sambil-sambil mereka dapat mencari sedikit wang.

                            Dari situ mereka dapat belajar berdikari dan berusaha mencari wang untuk menampung kehidupan tanpa tanggungan ibubapa lagi.sesetengah pula lebih suka tinggal di rumah sahaja tanpa melakukan apa-apa pekerjaan di luar sana.

                            “Nurul Sasha Bt Ahmad Hashim”,namanya di panggil oleh guru kelasnya,Puan Haslina.

                             Hati sasha makin berdebar apabila namanya di panggil.kedebarannya makin bertambah seiring langkah kakinya yang berjalan.tangan dan kakinya dirasai makin sejuk seperti dia sedang mengenggam ais batu yang banyak.

                            “Terima kasih cikgu ”,kata sasha dengan nada selamba.

                             “Sama-sama.Keputusan awak sangat baik sekali.Tahniah ye!”,gurunya seakan-akan bangga dengan pencapaian yang di tunjukkan olehnya.

                              Sasha masih tidak melihat keputusan yang di genggamnya itu.dia berjalan menuju ke arah kerusi yang di dudukinya tadi.dengan perlahan-lahan dia melihat keputusan peperiksaannya itu.6A,3B! “syukur alhamdulilah kerana diberikan keputusan yang baik terhadapku”.kata hati kecilnya itu.

                              Sasha tidak memberitahu mama dan ayahnya lagi sebab dia sudah berjanji ingin buat surprise kepada mereka.

                               Kedengaran bunyi telefon bimbitnya yang bermodel Nokia 7610 itu mengejutkan sasha daripada lamunan semasa di bangku batu berhampiran dewan sekolahnya itu.sasha menunggu ainsyah yang masih di dalam dewan.ainsyah seorang yang agak peramah juga di kalangan guru dan rakan sekelasnya.mungkin banyak cerita yang ingin di kongsi bersama mereka setelah agak lama juga tidak ketemu seperti itu.

                              “Assalamualaikum,sasha apa khabar? Macam mana dengan result peperiksaan? “,tanya ammar dengan soalan yang agak berterus terang itu.

                              “Waalaikummussalam,baik je am.syukur Alhamdulillah.ok je am”.sasha menjawabnya dengan jawapan ala kadar sahaja.

                             “Apa perasaan Sha?ok ke tak ni?”,tanya Ammar lagi.

                             “Baik je Am.gembira pun ada.sedih pun ada”,kata Sha dengan nada suara yang agak tidak berapa ceria.

                             “Biasalah tu,jangan terlalu ikutkan perasaan sangat ye.”,Ammar sedikit menenangkan perasaan Sasha.

                             “Ni duk tanya kite je,dia pulak macam mana? Result exam macam mana? Gempak tak?”,sasha melupakan sekejap tekanan perasaan yang di hadapinya.

                               “Ok.gempak.haha.am dapat 5A.5C  je sha.mesti sha tinggi lagi dari kan.ye la,sasha kan budak pandai,apa la sangat am ni kalau dibandingkan dengan sasha”,ammar bersikap berterus terang tanpa di tanya sasha lebih lanjut.

                               “Mana ada am.am ni terlalu memuji sangat la.sha dapat 6A.4B. je am.sedih sikitlah sebab tak dapat capai target yang sha nak.apa pun sha bersyukur dengan berkat usaha sha selama ni.ni lah hasilnya.sha terimanya dengan redo ”,sasha menerima hakikat itu dengan redo. Sasha cuba mengukir senyuman seperti terpaksa untuk menunjukkan dia gembira walaupun dihatinya terasa sedikit sedih.

                               “Sasha jangan lah terlalu emosional sangat.apa pun itu hasil usaha kita.kita patut bersyukur dah tau.tengok macam am ni,tidak lah ketara sangat tunjuk perasaan macam sha tau”,kali ini ammar seperti angkat bakul sendiri pula.tetapi niatnya hanya berjenaka.itulah sifat yang dimiliki ammar.sasha gembira berbual dengannya kerana sifatnya itu mencuit hati sasha.

                                “Am ni saje je kan.suka je perli sha ,” sha agak malu dengan kata-kata sinis ammar.riak hatinya,mahu sahaja dia membalasnya tetapi memikirkan dia sahabat special sasha.sasha mengalah dengannya.

                                 “Ok lah sha,am rasa setakat ni dulu ye.am on the way nak balik rumah.take your time for share your happiness.assalamualaikum,” ammar menamatkan perbualan kerana tergesa-gesa ada urusan.

                                “Baiklah am,hati-hati ye.waalaikummussalam,” sasha faham dengan situasi ammar pada masa itu dengan keadaan suara yang tergesa-gesa.

                                 “Sha.jom kita balik,” ajak ainsyah yang kelihatan  menyergah sasha dari posisi belakangnya.

                                  “Ok,” hanya sepatah sahaja yang keluar dari mulut Sasha.

                                   Cuaca pada tengah hari itu agak terik.kakinya seolah memijak bara api di atas tar jalan.mukanya seperti di tusuk bahang bara matahari.dalam perjalanan ke rumah,dia seolah-olah menyalahkan dirinya kerana tidak membawa payung pada hari itu.

          *********************************************************************
                              
                                   Pintu rumah seperti di ketuk oleh seseorang,Puan Hasnani lantas bangun dari kerusinya.

                                  “Assalamualaikum,” laung sasha dari tadi kerana tombol pintu di kunci.

                                  “Waalaikummussalam,” detik hati Puan Hasnani mungkin sasha yang sudah balik dari sekolah.tidak sabar dia mahu  mengetahui keputusan peperiksaan anak kesayangannya itu.

                                   “Haa,sha dah balik.lama mama tunggu tau.cepat-cepa...bagitahu mama,berapa A sha dapat?  Tak sabar mama nak tahu,” kata mamanya seolahnya mahu menerkam anaknya.

                                   “Ala mama ni.kejap lah.sasha baru balik kan.dah tengok mama macam tak sabar-sabar, mari kita duduk dulu,” kata sasha dengan suara yang agak keletihan.

                                  Puan Hasnani dan sasha pergi mengambil tempat di atas sofa di ruang tamu itu.sasha mengeluarkan sekeping kertas yang menyatakan keputusan peperiksaan SPM.

                                  Mulut mamanya berkumat-kumit bergerak membacakan doa sebelum dia melihat result anaknya itu.

                                  “Wah,bangganya mama dengan anak mama ni.dapat 6A.3B,” mamanya kelihatan begitu gembira. Sasha turut bergembira dengan reaksi yang di tunjukkan oleh mamanya. Bagi sasha dia masih belum berpuas hati lagi kejayaan yang di peroleh tetapi dia tahu bahawa dia tidak boleh melawan takdirnya. Dia bersyukur dengan apa yang diberkan kepadanya.

                                   “Baiklah mama,sha masuk bilik dulu ye.nak rehat-rehat sikit,” sasha senyum kepada mamanya dengan senang hati tetapi jauh di lubuk hatinya masih ada sedikit ketidakpuasan pada sasha.

                                    “Ok,” mamanya cuma tersenyum.

                                      Kedengaran dari jauh sasha mendengar mamanya menelefon seseorang. Hati berkata mungkin ayahnya atau kawan karib mamanya yang berdekatan dengan rumahnya. Malunya kalau mereka tahu result aku. Detus hatinya. 

BERSAMBUNG....

Saturday 31 March 2012


BAB4 (bila aku jadi cashier)


                       Jam push card sudah pukul2 petang,sasha dengan lari keanak-anakannya itu pergi mendapatkan jam push card,sambil memilih kad namanya itu,lantas dia memasukkan kad itu di atas jam push card itu.setelah keluar kad itu,dia meletakkan kembali kad itu ke dalam tempat khas untuk meletakkan kad itu dengan tergesa-gesa.

                      Dia agak kelewatan sedikit hari ini.setelah masuk ke dalam kaunter pengiraan itu,dia mengelap sedikit meja menjadi bersih ketika orang masih sedang memilih barang.Encik Hassan yang terpacak di hadapan  kaunter yang berada jauh dari 100 meternya itu,hanya menjeling-jeling tengok ke arahnya cara dia melakukan kerja.sasha yang menyedari dia sentiasa di perhatikan itu,berpura-pura melakukan kerja walaupun dia tidak ada kerja yang perlu dilakukan lagi.

                      Sasha memeriksa bekalan plastik barang  jikalau berkurangan.Bukan dia sahaja yang berada di kaunter itu,malah rakannya baiknya ainsyah juga turut berkerja sebagai cashier dari mula-mula berkerja lagi. Sasha belajar menjadi juru wang,dari ainsyah juga yang sudah banyak pengalaman dari sasha namun sasha juga banyak pengalaman berkerja di bahagian belakang sebagai penyusun barang dan sebagainya.

                       Sekarang sasha juga berkebolehan menjadi cashier yang cekap dan bagus.Dia cepat belajar apabila fokus pada sesuatu pekerjaan.ketika sedang mengemas barang di bawah kaunter,sasha dipanggil oleh rakannya,ainsyah supaya tolong mengirakan jumlah barang yang di letakkan di atas meja yang berhampiran meja mesin kiranya itu.sasha menyahut panggilan rakan sekerjanya itu,lantas bangun dari situ.

                       Tiba-tiba dia melihat rupa seorang lelaki yang agak di kenalinya itu,hatinya berdegup kencang seolah-olah ada seseorang telah mencuri hatinya. Bukankah itu....Ammar!  Dengan rupa yang tampan,badan yang tegap,kulit berwarna kuning langsat,senyuman yang menawan itu membuatkan sasha agak terpegun dengan gayanya yang memukau itu,mahu sahaja dia melihat lelaki itu lebih lama. Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila lelaki berdehem-dehem semasa dia melihat lelaki itu agak pelik.

                      Lelaki itu sesekali merasakan dia mengenali gadis yang tercacang berada di hadapannya itu tetapi dia agak keliru di mana dia pernah menjumpai gadis itu sebelum ini. Tanpa memikir panjang,dia hanya memfokuskan pandangan pada mesin kira itu dan sekilas pandang terhadap pekerjaannya sahaja. Ammar risau sekiranya budgetnya itu tidak mencukupi dengan apa yang dikehendaki mamanya itu.

                       Dalam melakukan tugasnya sebagai juru wang,dia melakukan dengan baik supaya tidak ada kesilapan yang tidak diingini.dalam diam tanpa kata,hati kecilnya berkata-kata. jika difikirkan balik,berbaloikah aku mendekatinya inikan pula berkawan dengannya.siapalah aku di matanya.Ammar rasa agak kehairanan melihat gelagat yang di tunjukkan oleh Sasha. Ammar hanya ketawa kecil di dalam senyumannya seolah-olahnya Sasha sudah membuatkannya geli hati seketika.Setelah mengetahui jumlah harga yang dikira,lelaki itu menghulurkan sejumlah wang. Lantas, sasha memulangkan baki yang tertera di skrin mesin kiranya.

                      ”terima kasih”,dengan selamba lelaki itu berkata.

                      ”hmm ye,sama-sama”,agak takut-takut sasha hendak menyahut balik kata-kata kepada lelaki itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                      “oit,kau ni dah kena penyakit angau ke? Dari tadi duk sengih sorang-sorang apasal”,kata ainsyah yang agak perasan dengan ekspirasi muka yang ditunjukkan itu.

                       ”ish mana ada lah,kau ni ada ke patut kata aku macam tu.biasa je lah”,kata sasha yang agak mau mengelak dari pertanyaan kawannya itu.

                      ”ok lah kalau macam tu,tak apa lah.malaslah nak layan kau,tapikan lelaki tadi hensem juga aku tengok.kalau lah aku jadi awek dia kan best”,kata ainsyah sambil tengah berangan-angan.

                      ”ish mengarutlah kau ni,dah-dah tak payah nak berangan lagi,menyampah betul aku tengok tau.gedik betul lah kau ni”,kata sasha dengan nada cemburu.

                      ”rilek lah,aku tahu la kau jealous kan.hahaha”,kata ainsyah membalas balik kata-kata kawannya itu.

                      ”ok lah,fine”,kata sasha bagi menamatkan pergaduhan antara pulau pinang dengan Kelantan.iaitu asal tempat lahir mereka yang sebenarnya.

                        Mereka melakukan kerja dengan tekun tanpa bergaduh lagi kerana bos mereka,Encik Hassan sudah kembali di hadapan mereka berhampiran pintu masuk pasaraya kecil itu.Ainsyah dan Sasha hanya melakukan kerja mereka, Suasana kini menjadi sepi tanpa gurau senda dari mereka.

bersambung.....
BAB 3 (kerja oo kerja)

                    Pagi itu, Sasha bangun awal kerana dia perlu bergegas ke tempat kerja.jam sudah menunjukkan sudah pukul 8.00 pagi. Kedai buka pukul 9 pagi. Kalau tak sampai awal mesti bos marah punyalah. Rungut hatinya. Baru dia tahu bagaimana rasanya alam pekerjaan walaupun ini bukan kerja tetapnya lagi.

                     Sementara menunggu keputusan spm, baik aku kerja daripada buang masa. Mana la tahu kalau-kalau kena sambung pelajaran kat mana ke. Senang la sikit,tak lah menyusah mak ayah sangat nanti. Dia tahu yang dia bukanlah anak orang kaya. Walaupun sederhana cukuplah sekadar dapat makan,ada tempat tinggal dan masih mampu membeli keperluan asas untuk meneruskan kehidupan macam orang lain. Sasha merasa amat bersyukur dengan apa yang sudah dia miliki sekarang.

                   Setibanya dia ke tempat kerja,dia melihat gelagat rakannya Ainsyah yang mudah mesra dengan pekerja di situ.

                   ”Sha,dah makan ke? Nah ambik ni ada kuih sikit. Aku beli kuih ni kat kedai dalam pasar tu”,kata Mira,rakan sekerja mereka.

                    ”Dah makan,sikit je,buat alas perut jer katakan. Oo,yeke. Bak la sini nak merasa sikit.mesti sodap kan”,kata sasha dengan gembira.

                     Sesudah pintu kedai di buka,semua pekerja di situ pakat-pakat serbu berlari keanak-anakan pergi ke mesin push card. Agak lucu juga,sampai ada yang nak jatuh. Semua pekerja yang bekerja di situ harus membersihkan kedai terlebih dahulu sebelum memulakan tugas masing-masing. Selepas menyapu sampah barulah kena mengemop pula lantai dalam pasaraya itu. Kemudian, Encik Hassan,bos di pasaraya itu akan datang memeriksa kebersihan kedai di situ barulah tugas seterusnya diberikan.

                   Sasha menyusun barang-barang dengan teratur supaya nampak lebih kemas sedikit. Tiba-tiba, Encik Hassan memanggil sasha, lantas dia pergi menghampiri bos nya itu dengan segeranya.

                  ”Apa kau ni sha,letak harga pada barang ni salah,kalau macam ni lah,bankrupt la kedai aku ni. Kalau tak pasti,ragu-ragu terus tanya saya,jangan memadai buat suka hati je”,kata Encik Hassan dengan muka yang agak seperti gunung berapi yang sudah meletup tu. Habis lava-lavanya kena kat aku. Sakit betul hati aku,kena cemuhan seperti ini.

                     Sasha yang agak suram hari ini melakukan kerjanya dengan agak malas kerana mood cerianya hilang entah ke mana. Sasha hanya membuat kerjanya dengan tertib dan teliti. Sebolehnya dia tidak mahu dimarahi oleh Encik Hassan lagi.

                     Tiba-tiba ada orang memanggil namanya dari meja kaunter. Sasha dengan cepat meninggalkan kerjanya itu. Setibanya dia di hadapan kedai, Sasha menanya rakan sekerjanya kenapa namanya di panggil. Rupa-rupanya isteri Encik Hassan yang menyuruhnya mengambil alih kerja di kaunter,sebagai Cashier.

                   Sasha amat terkejut seolah-olahnya dia dinaikkan pangkat pula. Kata hati kecil sasha yang suka berteka sendirian. Kerjanya yang di tinggalkan tadi, disambung oleh pekerja lain di situ. Di bahagian kaunter itu,Sasha mulai belajar menghafal kod barang,mempelajari teknik-teknik menyusun dan mengasingkan mengikut barang-barang yang dibeli pelanggan di dalam plastik dan akhirnya belajar menekan butang mesin kira. 
                    
                    Pada mulanya, Sasha agak kekok dengan tugas barunya itu, tetapi  Sasha rasakan dia mampu buat sekiranya buat kerja dengan teliti dan tertib. Sikap itu lah yang diamalkan oleh Sasha dalam membuat kerja untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati semua pihak.

     xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                     “Sasha,tandatangan di sini”,kata Encik Hassan.

                     ”nah,ini gaji kamu bulan ini”,kata Encik Hassan dengan nada selambanya.

                     ”terima kasih”,kata sasha dengan wajah ceria.

                     ”Hah!Apa?RM550 je?macam tak berbaloi je dapat banyak ni.dah la aku banyak buat part time.tak ape lah.redo je lah.dah nak wat macam mana.hmmm”,hati sasha yang agak membentak sedikit atas hasil yang kurang memuaskan hatinya itu.

                    Sasha sendiri malas nak pertikaikan hal ini. Mungkin ada sebabnya gaji aku sedikit ni je. Sasha pergi menyambung kerjanya balik tanpa memikirkan hal tadi. Walaupun dia tahu,dia agak kecewa sedikit hari ini.

                    Kedengaran bunyi jam push card,itu menandakan masa untuk separuh pekerja dalam pasaraya itu berehat,sasha mengambil tas tangannya sebelum push card keluar. Selepas melintas jalan,dia terus masuk ke dalam pasar,di mana kedai makan kegemaran yang selalu dia menjadi tempat lepak setelah keluar pada waktu rehat.

                    Kali ini,setelah tiba di kedai makan Kak Jah itu,dia kelihatan muram sahaja. Kemungkinan kerana gaji yang diperolehinya. Dia hanya termenung sahaja. Kak Jah yang melihat keadaan itu,dia lebih suka mengusik sasha supaya kembali ceria seperti sebelumnya.Kak Jah tahu selalunya kerja menyebabkan kita dapat merasa pelbagai perasaan yang bakal di hadapi. Kak Jah lebih banyak makan garam daripada Sasha yang masih setahun jagung itu. Kak Jah tahu apa menu makanan Sha yang selalu di order nya kalau datang makan di kedainya itu.

                  Sasha hanya makan apa yang dah dimasak dan dihidangkan oleh Kak Jah. Walaupun dia agak bad mood tetapi dia tidak akan menunjukkan perasaan sedihnya itu. Dia hanya menjawab apa yang di tanya kak jah walaupun sepatah perkataan sahaja.Kak Jah faham dengan apa yang terjadi pada sasha dan membiarkan sasha melayani perasaannya itu jikalau itu dapat melegakan sasha sendirian.

BERSAMBUNG...
Bab 2 (SPM menjelma dan mengisi masa lapang)


                        Peperiksaan SPM sudah menjelang hampir tiba sasha agak tekun mengulangkaji pelajarannya.Dia agak gementar untuk berhadapan dengan peperiksaan yang akan dihadapinya itu nanti. Dengan segala usaha yang sasha usahakan dengan mengulangkaji pelajaran,menghormati kedua ibubapa dan mengamalkan dengan membuat solat sunat serta  berdoa kepada Allah,sasha amat berharap dia dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan nanti. Peperiksaan ini menentukan ke mana dia akan pergi selepas ini. Pada sasha biarlah sehingga ke menara gading. Mungkin itu dapat membanggakan perasaan kedua ibu bapanya satu hari nanti.

                   Peperiksaan yang akan dihadapinya esok membuatkan sasha sedikit gementar dan takut jikalau dia tidak beroleh kejayaan seperti yang di targetnya. Malam yang agak kedinginan membuatkan sasha berasa sejuk kerana tingkap biliknya di bukanya semasa dia mengulangkaji di meja belajarnya. Dia menutup tingkap bilik setelah menyedari sudah hampir lewat malam setelah melihat jam dinding berdekatan mejanya. Ketika menutup tingkap, sasha sempat menjongak pandangannya ke luar. Kalau-kalau ada orang lagi pada lewat malam begini.

                   Kemudian, Sasha mengambil wuduk dan sembahyang solat sunat hajat sebelum mengakhiri malam yang penuh debaran untuk hadapi hari esok. Titisan air mata sasha jatuh ke sejadah yang didudukinya . Doanya yang penuh pengharapan itu pada sasha biarlah dipermudahkan rezeki untuknya dalam mencapai target yang dimahukannya dan selebihnya agar segala dosa-dosanya juga di ampunkan agar perasaan sentiasa tenang.
                  
                   Pagi yang amat mendebarkan itu ditempuhi sasha dengan kegementaran yang tidak pernah sudah sejak semalam. Sebelum melangkah ke sekolah sasha mengambil berkat ketika bersalaman dengan kedua ibubapanya sebelum pergi berperang dengan kertas-kertas soalan peperiksaan di dalam medan dewan . Kata orang, doa kedua ibubapa mudah dimakbulkan untuk anaknya.

                   Ketika sampai di tepi dewan,sasha melihat gelagat-gelagat rakannya yang agak takut,sedih serta bersemangat cuba ditunjukkan sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan. Sasha agak heran dengan gelagat yang ditunjukkan dan ada kalanya dia rasa geli hati dengan gaya yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya.Apapun sasha hanya fikirkan dirinya sahaja sekarang . Dengan isian peluru yang penuh di tangan dan sekarang hanya tunggu sahaja saat untuk berperang dengan soalan-soalan peperiksaan yang bakal di dudukinya. Di dewan peperiksaan, Sasha duduk dengan tenang dan beristigfar agar dia tenang menjawab soalan-soalan yang bakal dijawabya itu. Debaran mulai dirasai.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                    Jam di dinding menunjukkan sudah pukul9 pagi. Sasha bangun dari tidur agak lewat hari ini kerana tidak ada apa yang perlu difikirkannya lagi sejak peperiksaan sudah habis. Sasha mengemas tempat tidurnya dan dia baru teringatkan janji rakannya yang ingin mengajaknya keluar ke bandar mencari kerja sementara menunggu keputusan peperiksaan.

                    “Sha,esok kita jumpa kat bandar Ipoh ye,pukul 10.00 pagi.jangan lewat ye.ingat plan kita dah rancang ye.see you there.maaf kalau ganggu.ok salam”.mesej yang di hantar ainsyah di bacanya sekali lagi semasa dia membelek telefon bimbitnya. Mana tahu jikalau ada mesej dari siapa yang agak istimewa ke. Gelak hati kecilnya itu.

                     Jam di dinding sudah pukul 9.00 pagi.sasha lantas bangun mempersiapkan dirinya sebelum lewat ke bandar.

                      Setibanya di bandar pada pukul 10.00 pagi itu,dia berjalan-jalan mencari rakannya yang tidak kelihatan dari tadi. Hatinya merungut,dia merasakan seperti tidak menepati janji. Sekilas pandang,dia melihat rakannya itu sedang mengurat orang yang jual topup kat kedai hujung sana. Dia agak bengang dengan perangai rakannya itu. Sasha datang menghampiri rakannya, Ainsyah itu.

                     ”woi,ecah kau buat apa kat sini,tahu tak aku tunggu lama dah tau,aku mesej kau tak balas apasal?apalah kau ni.bengang betul lah”,kata sasha yang agak sedikit naik angin itu.

                    ”wei relax lah,aku tak balas lah sebab kredit aku habis,ni tengah topup ni sayang oi”,kata Ainsyah agak sinis dalam selambanya itu.

                   ”okey-okey,aku ingat kau duk tengah mengurat mamat tuh”,kata sasha selepas keluar dari kedai topup itu.

                   ”apalah kau ni,agak-agak lah,kalau aku nak mengurat pon,kau sibuk kenapa,bukan aku mengurat abang kau pon”,kata Ainsyah dengan nada yang begitu sinis sedikit kali ini.

                    ”okeylah sayang intan payung,malas lah nak gaduh mulut dengan kau lagi,let’s go find some job today”,kata sasha yang agak malas nak gaduh-gaduh dengan rakannya itu. Pada pendapat hati sasha buat baik sudahlah.

                     Semasa kaki melangkah menuju di kaki lima kedai. Sasha berhenti di sebuah pasaraya yang tidak besar sangat gambarannya . Dia meninjau di dalam tempat itu, melihat keadaan pasaraya itu sebelum mencuba nasib memenuhi hajat di hatinya itu. Setelah agak berpuas hati. Dia melihat seorang kakak yang sedang menjaga pintu masuk pasaraya itu.

                    “Assalamualaikum,kak boleh saya tanya,bos milik kedai ni ada tak? ”,kata sasha dengan agak gementar sedikit.

                   ”yea,ada.dia ada kat pejabatnya.sila naik ke atas ye ikut pintu tepi kedai ni”,kata pekerja di situ.”baiklah,terima kasih ye”,kata sasha dengan muka yang agak-agak malu kucing itu.

                    Sambil-sambil sedang berjalan naik ke pejabat sasha memberitahu ainsyah,”ecah,kau la pulak cakap dengan bos tempat ni ek,aku segan lah”,kata sasha dengan penuh pengharapan.

                   ”Ish aku pon malu jugak.hmm..dah kau kata macam tu,tak ape lah,aku tanya pulak ok”,kata ainsyah dengan selamba.

                   ”terima kasih,kau lah kawan aku dunia akhirat”,kata sasha dengan nada yang ceria sambil mangangkat keningnya.

                    Pada hari itu mereka balik dengan wajah yang gembira kerana mereka memperolehi pekerjaan. Harapan mereka dapat memenuhi masa lapang sepanjang menunggu keputusan peperiksaan tanpa sia-sia. Padanya,dia berharap dapat lah serba sikit menimba pengalaman baru dalam pekerjaan yang bakal mereka lakukan itu. Ibubapanya tidak menghalangnya keputusan Sha. Mamanya berharap dia dapat belajar menjadi orang dewasa yang pandai berdikari serta bijak membuat keputusan sendiri dalam menghadapi liku-liku kehidupannya nanti.

bersambung ......

Friday 20 January 2012

Bab1 (Inilah aku, SASHA)

                            ‘Toink’... bunyi chat box sasha dari ruang laman sosial facebook..kelihatan nama Tengku Ammar pada chat box itu menghantar sesuatu. Sasha membuka dengan mengklik pada namanya di bawah skrin laptopnya. “Assalamualaikum gadis yang bernama sasha”. “ye, wahai tengku ammar ku”, sasha terrsengih sorang-sorang semasa membalasnya. “tengku ammar ku? Wah lain aje bunyinya..hehe”, ammar tersenyum ingin melihat gelagat sasha. “ala,saje je..jangan nak perasaan ok!!” , Sasha membalasnya  menggunakan perkataan yang agak sinis kali ini. “alala, jangan la macam ni. Kalau betul pun apa salahnya kan..hehe..”,Ammar terasa sedikit takut melihat rakannya itu mulai marah. “dah la, malas la nak layan Am. gatal !! .wekkss!! :(  .. bye”, selepas enter kata-katanya itu sasha dan terus klik log out facebook nya itu. Ammar merasa serba salah apabila diperli oleh Sha. Ammar sudah membuatkannya merajuk. Laptop sasha di off kan setelah tiada apa yang patut dilakukannya lagi.
     
                               Kedengaran telefon bimbitnya yang berdering dibiarkan sahaja. Firasatnya sudah tahu bahawa ammar yang menelefonnya. Dia mematikan telefonnya buat seketika waktu. Keheningan pagi dengan bunyi-bunyian unggas telah memeriahkan suasana pagi yang agak muram itu. Inilah kebesaran Tuhan kepada kita untuk makhlukNya. Seorang gadis yang bernama Sasha sedang sibuk mengemas rumah pada pagi di hujung minggu itu kelihatan muram sahaja. Kali ini kerana dia terasa agak sedih. Kemungkinan disebabkan oleh perasaan geramnya terhadap sahabat alam mayanya itu,Tengku Ammar yang baru dikenalinya dalam laman sosial ‘facebook’.Dia yang kini baru tingkatan 5 sedang sibuk dengan exam SPM yang akan dihadapinya tidak lama lagi dalam beberapa bulan lagi. Sasha atau lebih sinonim dengan namanya sha lebih mesra dengan panggilan itu.Dalam usia yang meningkat remaja itu lebih suka menyibukkan diri dengan pelajaran. Pada siang harinya dia ke sekolah menimba ilmu seperti remaja yang lain.Pada sebelah petangnya dia suka mengadakan “study group” bersama rakan-rakan sekelasnya.Pada sebelah malamnya pula ada kelas malam sebagai kelas tambahan untuk pelajar lebih mantap dalam ulangkajinya.Sha amat sibuk dengan mentelaah pelajaran dengan peperiksaan yang bakal didudukinya. Hobinya yang suka melayan laman sosial sudah dikurangkan supaya tidak menganggu pelajarannya.

                              Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi memainkan lagu “as long as you love me” yang di nyanyikan oleh Backstreet Boy. Dengan pantas,Sasha menjawab panggilan telefonnya itu. Dia menjawab dengan nada suara yang begitu serak kerana dia mengalami sakit tekak sejak semalam. Tengku Ammar, rakan yang dikenalinya dalam laman sosial itu masih kekal berkawan akrab.Walaupun dia tahu,orang yang sebegini tidak sepatutnya dia layan dengan baik kerana dia tidak pernah mengenalinya latar belakangnya.Tetapi padanya, dia percayakan ammar walaupun dia tidak pernah menjumpainya. Orang kata,tidak semuanya jahat dan juga tidak semua baik. Malam itu,sasha merasakan sedikit kekeliruan apabila memikirkan hubungannya bersama Ammar sebagai sahabat.Patutkah dia meneruskan mempercayainya,atau menjauhkan diri daripada mendekati orang seperti itu.’Patutkah aku meneruskan hubungan persahabatan ini’,kata hati kecil sasha.Menyedari jam di dinding yang sudah pukul 12 malam itu,sasha mengemas meja belajar dan menyusun buku di dalam beg sekolahnya mengikut jadual waktu kelasnya. Ketika hampir melelapkan mata, Sasha menghantar mesej kepada ammar “Selamat malam sahabatku. Goodluck for your exam nanti yea”.Pesanan yang ringkas itu mungkin dapat menceriakan hati ammar seketika.

                                 Pagi itu,sasha bersiap-siap pergi ke sekolah dan dalam meneruskan perjalanan ke sekolah.di pagar sekolah,baru dia teringatkan bahawa yang dia ditugaskan untuk menghiaskan dewan sekolah sempena forum yang bakal dilangsungkan. Sebagai pengawas sekolah, dia harus memikul tanggungjawab itu yang sudah dibahagikan dengan yang lain. Dengar katanya, ada rombongan dari sekolah lain mahu datang ke sekolahnya untuk menjayakan forum ini. Tanpa memikir panjang dia pergi membantu rakan-rakan lain menghias dewan sekolahnya. Kedengaran bunyi bas berhenti di hadapan sekolahnya,tanpa berlengah dia pergi di bahagian penyediaan makanan,membantu apa yang patut.Lagi beberapa minit lagi, forum mengenai “Motivasi Meningkatkan Prestasi Pelajar Menghadapi Peperiksaan SPM” akan berlansung, Sasha merasakan forum sebegini ini baik untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Sasha hanya duduk berdiri di tepi dewan menghayati motivasi yang diberikan oleh encik hj.ahmad idris.dalam menghayati forum itu,sasha sempat memaling pandangan ke arah pelajar sekolah yang akan menghadiri forum itu. Pandangan nya tiba-tiba terhenti kepada seorang pelajar yang dia agak dikenalinya.,Eh,bukankah itu ammar?

                              Semua itu menjadi tanda tanya kepadanya,jantungnya kencang berdegup melihat seorang lelaki yang agak tampan dengan penampilannya sebagai pelajar sekolah itu. Selepas beberapa jam kemudian, forum itu hampir habis. Sasha membantu rakannya membahagikan makanan di luar pintu dewan kepada pelajar sekolah itu. Apa yang sasha mahu kan sekarang adalah menegur lelaki itu, tetapi dia terasa agak segan. Iye lah tak kan nak jadi perigi nak cari timba kot. Tiba-tiba seorang lelaki datang menegur sasha yang ralit membantu rakannya memberikan makanan. Dalam keralitan menjalankan tugasnya,ada suara menegur. ”awak,sapu tangan awak jatuh ni”,kata tengku ammar. Sasha agak kekeliruan dan tergamam melihat ammar di depan matanya. dengan selambanya,sasha bertanya “adakah awak ni tengku ammar?”. ”yap,saya tengku ammar.macam mana awak boleh tahu nama saya ni,awak kenal saya ke?”,tanya ammar yang agak kebuntuan. ”Tidak kenal,tapi name tag awak ada nama awak, Tengku Ammar.hmm.. maaf ye kalau terbuat awak agak keliru di sini.”,sasha yang agak malu untuk meneruskan perbualannya dengan Ammar hanya tunduk dan beredar dari situ.pandai juga dia cover daripada di ketahui oleh Ammar. Ammar yang tidak paham apa-apa itu juga beredar dengan penuh kebingungan.

                           Dalam kelas Biologi,sasha yang agak ketermenungan hanya memikirkan balik kejadian tadi yang membuatkan dia dan Ammar kebingungan .Agak lucu pada sasha di situ . Tanpa disedari ada tangan yang menepuk bahunya. ’pakk’,pukulan itu agak menyakitkan bahu sasha. ”adoi,apa kau ni,sakit lah”,kata sasha.”yang kau tersengeh-sengeh ni apasal”,kata auni kawan rapatnya itu. ”eh,mana adalah,kau salah tengok kot, apalah kau ni ada-ada aje lah”,kata sasha dengan nada yang tidak mengaku. ”hai macam lah aku tak kenal kau sha,kalau dah sengih macam tu memang adalah yang tak kena,tapi tak apa lah kau tak nak bagi tahu,nanti aku tahu juga lah.haha”,kata auni dengan nada yang agak mengugut sasha yang agak berahsia sangat itu.

                           Dalam perjalanan pulang ke sekolah,fikiran sasha agak bercelaru,kerana dia merasakan patutkah dia mengaku kepada ammar bahawa yang dia jumpa tadi adalah aku. serba salah dibuatnya dengan apa yang telah berlaku. Setiba di rumah,selepas mandi dan makan. Sasha hanya merehatkan badannya setelah seharian mencari secebis bekalan ilmu di sekolah untuk bekalan di dada. Itu sudah jadi tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Mana-mana pelajar pun akan mengalami situasi sebegini demi mencapai target yang diigini.
       
                          Sasha mengambil telefon bimbitnya yang baru hendak dilihatnya,rupa-rupanya ada mesej dari ammar. “Salam,Sasha dah tidur?sha,petang semalam Am ada lawatan ke sekolah sasha rasanya,tidak pasti juga lah,rasanya dah betul itu sekolah sasha..hmmm..tapi kan Am ada benda nak ceritakan,masa pergi situ ada seorang pelajar perempuan kemarin agak pelik,dia menyapa Am, tetapi am tak kenal dia,dia macam kenal Am aje.haha..tapikan gadis tu comel dan agak pemalu.entahlah apa namanya tak sempat nak tengok name tag dia.huhu.ok lah sha maaf yea ganggu tidur sha..salam..daa.nitez”. Mesej yang di hantar Ammar itu agak mencuit hati sasha sebab dia tahu yang gadis itu adalah dirinya sendiri. Sasha mengenali rupa Tengku Ammar kerana dia pernah melihat gambarnya dalam facebook. Walaupun sasha ada facebook,dia tidak meletakkan gambarnya dalam mana-mana album di fb kerana dia tidak suka dikenali ramai. Dia agak sensitif meletakkan gambar kerana dia tidak suka menjadi tonton orang ramai dan dikenali ramai. Cukuplah sekadar orang mengenalinya di dalam sekolah sahaja.

BERSAMBUNG....