Pagi itu, Sasha bangun awal kerana dia perlu bergegas ke tempat kerja.jam sudah menunjukkan sudah pukul 8.00 pagi. Kedai buka pukul 9 pagi. Kalau tak sampai awal mesti bos marah punyalah. Rungut hatinya. Baru dia tahu bagaimana rasanya alam pekerjaan walaupun ini bukan kerja tetapnya lagi.
Sementara menunggu keputusan spm, baik aku kerja daripada buang masa. Mana la tahu kalau-kalau kena sambung pelajaran kat mana ke. Senang la sikit,tak lah menyusah mak ayah sangat nanti. Dia tahu yang dia bukanlah anak orang kaya. Walaupun sederhana cukuplah sekadar dapat makan,ada tempat tinggal dan masih mampu membeli keperluan asas untuk meneruskan kehidupan macam orang lain. Sasha merasa amat bersyukur dengan apa yang sudah dia miliki sekarang.
Setibanya dia ke tempat kerja,dia melihat gelagat rakannya Ainsyah yang mudah mesra dengan pekerja di situ.
”Sha,dah makan ke? Nah ambik ni ada kuih sikit. Aku beli kuih ni kat kedai dalam pasar tu”,kata Mira,rakan sekerja mereka.
”Dah makan,sikit je,buat alas perut jer katakan. Oo,yeke. Bak la sini nak merasa sikit.mesti sodap kan”,kata sasha dengan gembira.
Sesudah pintu kedai di buka,semua pekerja di situ pakat-pakat serbu berlari keanak-anakan pergi ke mesin push card. Agak lucu juga,sampai ada yang nak jatuh. Semua pekerja yang bekerja di situ harus membersihkan kedai terlebih dahulu sebelum memulakan tugas masing-masing. Selepas menyapu sampah barulah kena mengemop pula lantai dalam pasaraya itu. Kemudian, Encik Hassan,bos di pasaraya itu akan datang memeriksa kebersihan kedai di situ barulah tugas seterusnya diberikan.
Sasha menyusun barang-barang dengan teratur supaya nampak lebih kemas sedikit. Tiba-tiba, Encik Hassan memanggil sasha, lantas dia pergi menghampiri bos nya itu dengan segeranya.
”Apa kau ni sha,letak harga pada barang ni salah,kalau macam ni lah,bankrupt la kedai aku ni. Kalau tak pasti,ragu-ragu terus tanya saya,jangan memadai buat suka hati je”,kata Encik Hassan dengan muka yang agak seperti gunung berapi yang sudah meletup tu. Habis lava-lavanya kena kat aku. Sakit betul hati aku,kena cemuhan seperti ini.
Sasha yang agak suram hari ini melakukan kerjanya dengan agak malas kerana mood cerianya hilang entah ke mana. Sasha hanya membuat kerjanya dengan tertib dan teliti. Sebolehnya dia tidak mahu dimarahi oleh Encik Hassan lagi.
Tiba-tiba ada orang memanggil namanya dari meja kaunter. Sasha dengan cepat meninggalkan kerjanya itu. Setibanya dia di hadapan kedai, Sasha menanya rakan sekerjanya kenapa namanya di panggil. Rupa-rupanya isteri Encik Hassan yang menyuruhnya mengambil alih kerja di kaunter,sebagai Cashier.
Sasha amat terkejut seolah-olahnya dia dinaikkan pangkat pula. Kata hati kecil sasha yang suka berteka sendirian. Kerjanya yang di tinggalkan tadi, disambung oleh pekerja lain di situ. Di bahagian kaunter itu,Sasha mulai belajar menghafal kod barang,mempelajari teknik-teknik menyusun dan mengasingkan mengikut barang-barang yang dibeli pelanggan di dalam plastik dan akhirnya belajar menekan butang mesin kira.
Pada mulanya, Sasha agak kekok dengan tugas barunya itu, tetapi Sasha rasakan dia mampu buat sekiranya buat kerja dengan teliti dan tertib. Sikap itu lah yang diamalkan oleh Sasha dalam membuat kerja untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati semua pihak.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Sasha,tandatangan di sini”,kata Encik Hassan.
”nah,ini gaji kamu bulan ini”,kata Encik Hassan dengan nada selambanya.
”terima kasih”,kata sasha dengan wajah ceria.
”Hah!Apa?RM550 je?macam tak berbaloi je dapat banyak ni.dah la aku banyak buat part time.tak ape lah.redo je lah.dah nak wat macam mana.hmmm”,hati sasha yang agak membentak sedikit atas hasil yang kurang memuaskan hatinya itu.
Sasha sendiri malas nak pertikaikan hal ini. Mungkin ada sebabnya gaji aku sedikit ni je. Sasha pergi menyambung kerjanya balik tanpa memikirkan hal tadi. Walaupun dia tahu,dia agak kecewa sedikit hari ini.
Kedengaran bunyi jam push card,itu menandakan masa untuk separuh pekerja dalam pasaraya itu berehat,sasha mengambil tas tangannya sebelum push card keluar. Selepas melintas jalan,dia terus masuk ke dalam pasar,di mana kedai makan kegemaran yang selalu dia menjadi tempat lepak setelah keluar pada waktu rehat.
Kali ini,setelah tiba di kedai makan Kak Jah itu,dia kelihatan muram sahaja. Kemungkinan kerana gaji yang diperolehinya. Dia hanya termenung sahaja. Kak Jah yang melihat keadaan itu,dia lebih suka mengusik sasha supaya kembali ceria seperti sebelumnya.Kak Jah tahu selalunya kerja menyebabkan kita dapat merasa pelbagai perasaan yang bakal di hadapi. Kak Jah lebih banyak makan garam daripada Sasha yang masih setahun jagung itu. Kak Jah tahu apa menu makanan Sha yang selalu di order nya kalau datang makan di kedainya itu.
Sasha hanya makan apa yang dah dimasak dan dihidangkan oleh Kak Jah. Walaupun dia agak bad mood tetapi dia tidak akan menunjukkan perasaan sedihnya itu. Dia hanya menjawab apa yang di tanya kak jah walaupun sepatah perkataan sahaja.Kak Jah faham dengan apa yang terjadi pada sasha dan membiarkan sasha melayani perasaannya itu jikalau itu dapat melegakan sasha sendirian.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment