Saturday, 31 March 2012

Bab 2 (SPM menjelma dan mengisi masa lapang)


                        Peperiksaan SPM sudah menjelang hampir tiba sasha agak tekun mengulangkaji pelajarannya.Dia agak gementar untuk berhadapan dengan peperiksaan yang akan dihadapinya itu nanti. Dengan segala usaha yang sasha usahakan dengan mengulangkaji pelajaran,menghormati kedua ibubapa dan mengamalkan dengan membuat solat sunat serta  berdoa kepada Allah,sasha amat berharap dia dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan nanti. Peperiksaan ini menentukan ke mana dia akan pergi selepas ini. Pada sasha biarlah sehingga ke menara gading. Mungkin itu dapat membanggakan perasaan kedua ibu bapanya satu hari nanti.

                   Peperiksaan yang akan dihadapinya esok membuatkan sasha sedikit gementar dan takut jikalau dia tidak beroleh kejayaan seperti yang di targetnya. Malam yang agak kedinginan membuatkan sasha berasa sejuk kerana tingkap biliknya di bukanya semasa dia mengulangkaji di meja belajarnya. Dia menutup tingkap bilik setelah menyedari sudah hampir lewat malam setelah melihat jam dinding berdekatan mejanya. Ketika menutup tingkap, sasha sempat menjongak pandangannya ke luar. Kalau-kalau ada orang lagi pada lewat malam begini.

                   Kemudian, Sasha mengambil wuduk dan sembahyang solat sunat hajat sebelum mengakhiri malam yang penuh debaran untuk hadapi hari esok. Titisan air mata sasha jatuh ke sejadah yang didudukinya . Doanya yang penuh pengharapan itu pada sasha biarlah dipermudahkan rezeki untuknya dalam mencapai target yang dimahukannya dan selebihnya agar segala dosa-dosanya juga di ampunkan agar perasaan sentiasa tenang.
                  
                   Pagi yang amat mendebarkan itu ditempuhi sasha dengan kegementaran yang tidak pernah sudah sejak semalam. Sebelum melangkah ke sekolah sasha mengambil berkat ketika bersalaman dengan kedua ibubapanya sebelum pergi berperang dengan kertas-kertas soalan peperiksaan di dalam medan dewan . Kata orang, doa kedua ibubapa mudah dimakbulkan untuk anaknya.

                   Ketika sampai di tepi dewan,sasha melihat gelagat-gelagat rakannya yang agak takut,sedih serta bersemangat cuba ditunjukkan sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan. Sasha agak heran dengan gelagat yang ditunjukkan dan ada kalanya dia rasa geli hati dengan gaya yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya.Apapun sasha hanya fikirkan dirinya sahaja sekarang . Dengan isian peluru yang penuh di tangan dan sekarang hanya tunggu sahaja saat untuk berperang dengan soalan-soalan peperiksaan yang bakal di dudukinya. Di dewan peperiksaan, Sasha duduk dengan tenang dan beristigfar agar dia tenang menjawab soalan-soalan yang bakal dijawabya itu. Debaran mulai dirasai.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                    Jam di dinding menunjukkan sudah pukul9 pagi. Sasha bangun dari tidur agak lewat hari ini kerana tidak ada apa yang perlu difikirkannya lagi sejak peperiksaan sudah habis. Sasha mengemas tempat tidurnya dan dia baru teringatkan janji rakannya yang ingin mengajaknya keluar ke bandar mencari kerja sementara menunggu keputusan peperiksaan.

                    “Sha,esok kita jumpa kat bandar Ipoh ye,pukul 10.00 pagi.jangan lewat ye.ingat plan kita dah rancang ye.see you there.maaf kalau ganggu.ok salam”.mesej yang di hantar ainsyah di bacanya sekali lagi semasa dia membelek telefon bimbitnya. Mana tahu jikalau ada mesej dari siapa yang agak istimewa ke. Gelak hati kecilnya itu.

                     Jam di dinding sudah pukul 9.00 pagi.sasha lantas bangun mempersiapkan dirinya sebelum lewat ke bandar.

                      Setibanya di bandar pada pukul 10.00 pagi itu,dia berjalan-jalan mencari rakannya yang tidak kelihatan dari tadi. Hatinya merungut,dia merasakan seperti tidak menepati janji. Sekilas pandang,dia melihat rakannya itu sedang mengurat orang yang jual topup kat kedai hujung sana. Dia agak bengang dengan perangai rakannya itu. Sasha datang menghampiri rakannya, Ainsyah itu.

                     ”woi,ecah kau buat apa kat sini,tahu tak aku tunggu lama dah tau,aku mesej kau tak balas apasal?apalah kau ni.bengang betul lah”,kata sasha yang agak sedikit naik angin itu.

                    ”wei relax lah,aku tak balas lah sebab kredit aku habis,ni tengah topup ni sayang oi”,kata Ainsyah agak sinis dalam selambanya itu.

                   ”okey-okey,aku ingat kau duk tengah mengurat mamat tuh”,kata sasha selepas keluar dari kedai topup itu.

                   ”apalah kau ni,agak-agak lah,kalau aku nak mengurat pon,kau sibuk kenapa,bukan aku mengurat abang kau pon”,kata Ainsyah dengan nada yang begitu sinis sedikit kali ini.

                    ”okeylah sayang intan payung,malas lah nak gaduh mulut dengan kau lagi,let’s go find some job today”,kata sasha yang agak malas nak gaduh-gaduh dengan rakannya itu. Pada pendapat hati sasha buat baik sudahlah.

                     Semasa kaki melangkah menuju di kaki lima kedai. Sasha berhenti di sebuah pasaraya yang tidak besar sangat gambarannya . Dia meninjau di dalam tempat itu, melihat keadaan pasaraya itu sebelum mencuba nasib memenuhi hajat di hatinya itu. Setelah agak berpuas hati. Dia melihat seorang kakak yang sedang menjaga pintu masuk pasaraya itu.

                    “Assalamualaikum,kak boleh saya tanya,bos milik kedai ni ada tak? ”,kata sasha dengan agak gementar sedikit.

                   ”yea,ada.dia ada kat pejabatnya.sila naik ke atas ye ikut pintu tepi kedai ni”,kata pekerja di situ.”baiklah,terima kasih ye”,kata sasha dengan muka yang agak-agak malu kucing itu.

                    Sambil-sambil sedang berjalan naik ke pejabat sasha memberitahu ainsyah,”ecah,kau la pulak cakap dengan bos tempat ni ek,aku segan lah”,kata sasha dengan penuh pengharapan.

                   ”Ish aku pon malu jugak.hmm..dah kau kata macam tu,tak ape lah,aku tanya pulak ok”,kata ainsyah dengan selamba.

                   ”terima kasih,kau lah kawan aku dunia akhirat”,kata sasha dengan nada yang ceria sambil mangangkat keningnya.

                    Pada hari itu mereka balik dengan wajah yang gembira kerana mereka memperolehi pekerjaan. Harapan mereka dapat memenuhi masa lapang sepanjang menunggu keputusan peperiksaan tanpa sia-sia. Padanya,dia berharap dapat lah serba sikit menimba pengalaman baru dalam pekerjaan yang bakal mereka lakukan itu. Ibubapanya tidak menghalangnya keputusan Sha. Mamanya berharap dia dapat belajar menjadi orang dewasa yang pandai berdikari serta bijak membuat keputusan sendiri dalam menghadapi liku-liku kehidupannya nanti.

bersambung ......

No comments:

Post a Comment